Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak bertindak terhadap pembelot dalam PRU12 yang lepas
Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.
Nampaknya pemimpin yang terdekat yang bakal diambil tindakan ialah pemimpin secondhand Kadir Sheikh Fadzil yang sedang menembak UMNO dan BN seolah-oleh parti tidak pernah berjasa pada beliau. Siapa Kadir semua orang tahu, membina istana jutaan ringgit di tengah-tengah kampong yang di kelilingi rakyat-rakyat marhaen. Memakai rantai dan rambut palsu seperti jutawaan India dari Madras, merasmikan petandingan ratu cantik putih gebu Chinatown.
Seharusnya selepas menyedut segala kekayaan semasa berada di dalam Kerajaan beliau insaf dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Jaawatankuasa ini sebenarnya sepatutnya telah lama mengambil tindakan ke atas pembelot-pembelot semasa PRU12 yang lepas tetapi mereka-mereka ini yang masih berkuasa sehngga hari ini malah ada yang diberi jawatan kerana kroni rakan baik kepimpinan tertinggi parti.
01 Februari 2012
AHLI KOPERASI AKAN HALANG PEYENARAIAN FELDA GLOBAL
ANAK mahu KPF halang Felda Global disenaraikan
Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) akan mendapatkan persetujuan perwakilan dan pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) untuk menghalang penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Saham Malaysia.
Katanya, pihaknya akan memohon kebenaran tersebut berdasarkan fasal 29 (1) Undang-undang kecil KPF memperuntukan membenarkan EGM dibuat dengan mendapat sekurang-kurangnya satu perlima atau 100 orang pemegang saham tersebut.
"Kita telah mendapat penjelasan daripada KPF tentang peruntukan fasal 29 yang mana boleh buat EGM berasingan.
"Kita buat EGM untuk menentang penyenaraian, maka kita sudah berbincang dengan peguam-peguam kita dengan teliti," kata presiden ANAK Mazlan Aliman.
Menyifatkan ia sebagai satu strategi, Mazlan berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk
menggerakkan kekuatan kumpulan Gerakan Selamatkan FELDA (GSF) untuk mendapatkan sokongan daripada pemegang saham untuk tujuan tersebut.
"Maknanya boleh berlaku satu grup yang menyokong (penyenaraian) dan satu grup menentang.
"Mungkin grup menentang jauh lebih besar dari grup yang menyokong," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara hari ini.
Ditanya bila pihaknya akan memohon kebenaran EGM itu diadakan daripada Lembaga Pengarah KPF, Mazlan berkata ia bergantung kepada notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan selepas menangguhkannya pada 5 Januari lalu.
Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau mendapat maklumat EGM itu akan diadakan pada 22 Februari ini yang mana ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas mengenai permohonan injunksi bagi menghalang EGM itu, Mazlan berkata pihaknya tetap akan memfailkan permohonan tersebut sepertimana yang dilakukan sebelum ini.
"Kita sudah bersedia, kita akan pastikan injunksi dilakukan selepas mendapat notis itu dikeluarkan.
"Ini kita tidak akan berkompromi, kita akan halang EGM itu," katanya.

Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'duduk diam-diam'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.
"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.
"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Kuala Lumpur.
Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.
"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."
"Dey ane! Mana satu ini.
"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.
Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.
Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.

PAS MAHU JADIKAN MALAYSIA REPUBLIK, KATA PARASIT
Pas Mahu Jadikan Malaysia Republik, kata Hasan Ali
SHAH ALAM, 1 FEB: Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik. "Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.
Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik. "Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.
Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor. "Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam."Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.

SAFEE SALI KEKAL DI PELITA JAYA DENGAN PAKEJ LEBIH RM2 JUTA
Safee kekal di Pelita Jaya
Penyerang sensasi negara, Safee Sali mengesahkan penyambungan kontrak bersama Pelita Jaya FC sehingga 2014 dengan pakej bernilai lebih RM2juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan .
Keputusan beliau menjawab teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor. Malah lebih hebat lagi Safee juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
"Safee sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi. -SH

Langgan:
Catatan (Atom)