01 Mei 2015

GST : MP LANGKAWI BOLEH GANTI AHMAD MASLAN?


Selamat Hari Lahir Ahmad Maslan…

Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau diberi kekuatan untuk menerangkan kebaikan GST selain ucapan berbaur kutukan.




PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada 30 April (Khamis).

Ahli Parlimen Pontian itu lahir di Benut, Pontian, Johor, pada 30 April 1966.

Sempena ulang tahun kelahiran Ahmad Maslan, FMT memberikan serba sedikit latar belakang beliau berdasarkan carian di internet.

Bapa beliau, Haji Maslan (arwah) dan ibunya, Hajah Aminah adalah penoreh getah yang miskin dan tinggal di kampung yang tiada kemudahan elektrik, bekalan air paip, tiada jalan raya, kemudahan telefon sehingga 1996.

Ahmad Maslan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat (1973-1978) dan pernah menerima Anugerah Tokoh Murid.

Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (asrama penuh) pada 1979-1983 dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Beliau menyambung pelajaran ke luar negara di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan Victoria University, New Zealand dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik).

Ahmad Maslan menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Sarjanan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik daripada 177 pelajar.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-49, akaun Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau dimurahkan rezeki dan panjang umur.

“Selamat hari lahir Datuk Ahmad Maslan. Semoga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin,” tulis Shahruddin Shah.

“Selamat ulang tahun buat Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, semoga terus dalam perjuangan yang murni dan dalam kesihatan, kebahagian bersama Datin Rohani dan keluarga tersayang. Respect to you Datuk, a rare and firm leadership,” tulis Zuraimi Jumaat.

Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly pula menulis, Happy birthday Datuk Ahmad Maslan, teruskan perjuangan memberi kefahaman kepada rakyat tentang GST walau 1001 rintangan mendatang.

Facebook Ahmad Maslan juga diserang dengan ucapan yang mengutuk dan mengkritik beliau berhubung kenyataan tentang kebaikan GST.

“Kalau benar Umno larang Mat Maslan, MP (Ahli Parlimen) paling layak dilantik memberi penerangan GST bantu dan sebaris dengan Ahmad Maslan dan Hasan Malek ialah MP Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad. Saya tertarik dengan hujahnya pergi ke bulan kalau tak nak bayar GST. Idea ini memang genius tak terjangkau pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Obama dan Putin, walaupun mereka mampu hantar manusia ke bulan,” tulis Musli Oli.
“Bro Datuk Ahmad Maslan ini memang bijak akademik, akan tetapi cara penyampaian beliau kurang seni. Penyampaian seperti mantan TPM Tun Ghafar Baba, beliau tidak pelajari,” tulis Musram Rakunman. ~FMT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macamana Menteri sekarang menyelesaikan masalah. Kebanyakan dari menteri mencari jalan penyelesaian yg mudah dgn jawapan yg menampakkan bebodohan diri sendiri. Mereka seolah olah tidak kisah dengan pandangan masyarakat. Janji ada jawapan aje. Belajar teori mungkin sampai luar negara tapi bila berhadapan masalah tiada jawapan logik yg dapat di beri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...