20 September 2013

HOT! 2 PEGAWAI KESIHATAN KANTOI DENGAN CCTV !!!


ALAMAK, KANTOI SUDAH!

Fitnah Kantoi

Pada 17/09/2013 jam lebih kurang 10.30pg, dua orang yang disyaki pegawai Kementian Kesihatan Malaysia jempol, NS menjalankan tugas semakan nyamuk aedes di kawasan industri bahau,NS.

Rakaman cctv telah merakamkan pegawai tersebut telah membuat sesuatu dalam tangki air disyaki menuangkan jejentik ke dalam tangki dan akhirnya pura2 bersama pegawai2 terjumpa jejentik aedes di tangki dan cuba mengeluarkan saman atau minta duit kopi dari peniaga tersebut.

Pegawai2 tersebut tidak tahu bahawa ada cctv atas tu..

KANTOI SUDAH?? TINDAKAN SELANJUTNYA??


SUMBER

Berita Dibawah mengesahkan perbuatan 2 pegawai tersebut:

Masuk jerat sendiri!

Bahau: Harapkan pagar, pagar makan padi! Itu perumpamaan sesuai diberikan kepada dua kakitangan Jabatan Kesihatan yang ditugaskan memeriksa tempat pembiakan nyamuk aedes di sebuah bengkel kereta di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, di sini.

Ini berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka disyaki memasukkan jentik-jentik ke dalam kolam takungan di premis itu sebelum meminta ‘duit kopi’ RM50 daripada pemiliknya untuk mengelak dikenakan tindakan lanjut.

Kejadian berlaku jam 12 tengah hari, Selasa lalu membabitkan seorang kakitangan wanita dan rakan setugas lelaki yang memakai jaket tertera Jabatan Kesihatan.

Pemilik bengkel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, berkata ketika kejadian dia tiada di kedai berikutan mempunyai urusan di luar.



PEGAWAI Jabatan Kesihatan negeri melawat keadaan kolam terbabit.

“Saya dihubungi pekerja memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan datang membuat pemeriksaan bagi mencegah demam denggi dan mendapati sebuah tangki di bengkel saya ada jentik-jentik ~ MyMetro


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...