14 September 2013

ADA PIHAK DALAM PAS TERPENGARUH AGENDA MUSUH!!!

Bagaimanapun beliau meluahkan rasa hairan ada pihak yang terpengaruh agenda musuh, di mana mereka cuba mempersoalkan kedudukan PAS bersama rakan-rakan lain dalam Pakatan.





Usaha Umno gugat Pakatan Rakyat gagal


TUMPAT: Sehingga kini segala usaha dilakukan Umno dan BN bagi memecahkan kekuatan Pakatan Rakyat dianggap belum berjaya.

Namun di sebalik agenda itu PAS terus memperkukuhkan pakatan tersebut. Usaha awal Umno antaranya dikesan melalui agenda yang dinamakan kerajaan perpaduan (UG).

PAS menjadi taruhan utama memandangkan parti Islam tersebut berdepan dengan calon Umno yang mendominasi BN pada setiap pilihan raya yang diadakan.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Ir Khalid Samad (gambar) berkata, Umno seperti mengakui masa hadapan politik mereka banyak bergantung kepada keupayaan PAS bagi mempertahankan Pakatan Rakyat.

“Seorang veteran Umno mengakui kedudukan Umno pada pilihan raya umum ke-14 nanti banyak bergantung kepada sejauh mana PAS mampu memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

“Sebab itulah dari awal lagi Umno cuba mengugat kedudukan PAS dalam Pakatan dengan melemparkan pelbagai tomahan termasuk mencanangkan isu kononnya PAS menjadi alat DAP,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS di sini hari ini.

Mesyuarat tersebut diadakan di Resort Pantai Sri Tujuh menyaksikan tiada pertanding jawatan utama, sebaliknya mengekalkan tokoh sedia ada iaitu Ustaz Datuk Ahmad Yakob sebagai Yang Dipertua, Mohd Zaki Ibrahim (timbalan) dan Che Abdullah Mat Nawi (naib).

Ahmad yang juga Menteri Besar sehingga kini kali ketiga menawarkan diri untuk berundur bagi memberi laluan tokoh yang lebih muda, namun ditolak jawatankuasa PAS Tumpat.

Oleh itu beliau berharap penggal akan datang jawatan tersebut disandang tokoh lain dengan mengambil kira bebanan tugasnya sekarang sebagai ketua kerajaan negeri.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff dan jawatankuasa PAS Pengkalan Chepa yang bertindak sebagai pemantau pemilihan mesyuarat agung tersebut.

Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, tahaluf siyasi PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan memberi manfaat besar kepada perubahan politik di negara ini.Katanya, hasil gabungan itu Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga di parlimen bagi penggal kedua berturut-turut.

Bagaimanapun beliau meluahkan rasa hairan ada pihak yang terpengaruh agenda musuh, di mana mereka cuba mempersoalkan kedudukan PAS bersama rakan-rakan lain dalam Pakatan.

“Ternyata masih ada yang terpengaruh dakyah musuh tanpa melihat manfaat besar diperolehi PAS hasil gabungan dalam Pakatan sehingga berjaya membentuk kerajaan di Kedah, Selangor dan Kelantan.


“Malah Kelantan menjadi model pertama tahaluf siyasi dengan berganding bahu dengan Semangat 46 pada 1990 bagi menumbangkan kerajaan BN,” ujarnya ~ hd

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...