08 Ogos 2013

Beng! Beng! Ingat bunyi mercun budak-budak main dipagi raya...rupanya ada orang mati kena bedil lagi...


SEORANG LELAKI INDIA YANG MEMPUNYAI 3 REKOD LAMPAU BERKAITAN DADAH, MATI KENA 14 DAS TEMBAKAN DIKEPALA!!!


GEORGE TOWN.
Seorang lelaki telah bunuh dengan penuh kejam cara ala-ala mafia selepas berhenti di lampu trafik di Jalan Anson di sini.

Lelaki itu telah ditembak mati pada jarak dekat di sekitar jam 11.50 pagi tadi hari Khamis 8hb Ogos 2013..

Menurut Ketua Polis Daerah Geroge Town, Asisten Komisioner Gan KongMeng, si mati seorang lelaki India berumur 37 tahun yang tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Beliau mempunyai tiga kesalahan lampau bagi kes-kes yang melibatkannarkotik (dadah).

Mangsa memandu kereta BMW nombor plat pendaftaran Kuala Lumpur, yang dipercayai kepunyaan dan milik rakannya.

Adalah dipercayai bahawa penyerang menembak lebih daripada 15 dastembakan kerana pelbagai kelosong peluru ditemui di tempat kejadian.

ACP Gan mengesahkan bahawa mangsa telah ditembak sebanyak14 kali, kebanyakannya di kepala.

Patologi Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh juga berada di tempat kejadian untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan..

INI KEJADIAN LAIN SEMALAM :

Lelaki cedera parah ditembak di Chemor

Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Sum berkata mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Komen : Penjual dadah di Malaysia memang bermaharaja lela.....cuba anda perati sekeliling daerah anda mereka jual dadah depan-depan....Pakai kereta mewah 2 dan 3 biji,  bukan andaian ini realitinya,  kalau dibiarkan nanti jadi macam Di Mexico....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...