12 April 2013

PECAH BERITA ! AMARAN KOREA UTARA..MENUJU PERANG TERMONUKLEAR....SAKSIKAN



Menteri- menteri Luar Asean bimbang dengan ketegangan di Korea 


 

Askar Korea Selatan berjaga di pos pemerhatian berhampiran zon bebas tentera yang memisahkan dua negara Korea dalam Paju, utara Seoul April 11, 2013. - Gambar Reuters

 

KUALA LUMPUR, 12 April — Menteri-menteri Luar Asean melahirkan kebimbangan yang mendalam terhadap keadaan keselamatan di Semenanjung Korea yang semakin buruk berikutan amaran Korea Utara bahawa Semenanjung tersebut sedang menuju perang termonuklear.

Mereka menyeru semua pihak yang berkonflik agar dapat mengawal diri dan mengambil langkah segera untuk mengekal ketenangan dan mengurangkan ketegangan.

Ini terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia sempena mesyuarat peringkat menteri Asean di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, sebagai persediaan kepada Sidang Kemuncak Asean ke-22 yang dijadual pada 24 dan 25 April ini.

Dilaporkan Korea Utara akan mengadakan satu lagi ujian peluru berpandu pada ‘bila-bila masa’, sehingga menimbulkan ketegangan di wilayah yang sudah bergolak itu. Kenyataan itu berkata para menteri berkenaan turut membincangkan perkembangan di Laut China Selatan. 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...