02 April 2013

LAHAD DATU, ANGGOTA POLIS BELOT DIDAKWA...!!! GAMBAR TERSEBAR




Lahad Datu  - ANGGOTA POLIS BELOT DIDAKWA DI MAHKAMAH LAHAD DATU!!!

Seorang anggota polis adalah antara lapan orang yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Anggota polis tersebut, Koperah Hassan Ali Basri didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Manakala, tujuh warga selatan Filipina pula didakwa atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S. Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Bagaimanapaun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi. Malah, kes Koperah Hassan Ali Basri juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.   SUMBER



BERITA PENUH - BERNAMA

SEORANG ANGGOTA POLIS dan 7 Warga Filipina Didakwa !!!

LAHAD DATU 2 MAC : Tujuh warga selatan Filipina pada Isnin didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.

Lima tertuduh didakwa terhadap dua pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan menjadi ahli kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Seorang lagi tertuduh menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 121, 130KA dan Seksyen 130E iaitu merekrut orang sebagai ahli kumpulan pengganas atau untuk menyertai perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda dan Seksyen 130K iaitu melindungi orang yang melakukan perbuatan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda atau penjara maksimum 20 tahun dan boleh denda jika sabit kesalahan. Seorang lagi tertuduh pula menghadapi satu pertuduhan mengikut Seksyen 130KA.

Pendakwaan diketuai Ketua Unit Pendakwaan Sabah Jamil Aripin dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu Shukor Abu Bakar.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Acara Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Sementara itu seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini menjadikan sehingga hari ini 16 orang didakwa di mahkamah.

Pada 20 Mac lepas, lapan warga Filipina didakwa di tempat sama mengikut Seksyen 121 dan Seksyen 130KA dan sehari selepas itu kes berkenaan disebut di Mahkamah Tinggi Tawau.

Kes itu akan disebut semula di Mahkamah Tinggi 12 April ini bagi mengetahui perkembangan perbincangan Peguam Negara dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, Majlis Peguam dan kerajaan Filipina berhubung khidmat guaman yang akan diberikan kepada tertuduh- Bernama


BERITA BERKAITAN DARI BLOG   PADA 12HB. MAC 2013


PEMBELOT! Anggota Polis Pemberi Maklumat Pada Pengganas Sulu!  



Seorang anggota polis yang disyaki terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera Sulu.

Bagamana pun berita ini telah dinafikan oleh pihak PDRM. Sehingga kini orang ramai diminta agar tidak mempercayai khabar angin yang tidak diketahui sumbernya.


Menurut sumber yang dipercayai, anggota Polis yang disyaki menjadi pengkhianat Kpl/D Hasan Basri, kini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut
.   Sumber

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ambik sumber pun tak betul...mmg blogger yg suka pada fitnah..poyoooo ni semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...