23 November 2012

Panas ! Setiausaha Agung BN Sarawak Akui PR Akan Rampas 12 Kerusi Parlimen...!!!


Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal menyapu antara 10 ke 12 kerusi berdasarkan jumlah kerusi parlimen di negeri itu yang berjumlah 31.


Mengambil kira perubahan suasana politik yang semakin bertiup kencang terutama di Sabah, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membayangkan sekurang-kurangnya tujuh kerusi parlimen Barisan Nasional (BN) di negeri itu bakal tumbang ke tangan Pakatan Rakyat.

Jeniri Amir yang ditembual wartawan Astro Awani semalam di Kuching tidak menolak perkara itu dalam apa yang disifatkan sebagai kekalahan besar BN mempertahankan simpanan tetap mereka selama lebih 40 tahun.

Selain Kuching dan Sibu yang dipegang DAP, kerusi lain yang dijangka BN tewas adalah kerusi Stampin, Sarikei, Lanang, Miri dan Hulu Rajang jika wujud pertandingan dua penjuru.

"Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Pakatan Rakyat menambah dengan banyaknya jumlah kerusi pada kali ini, lebih lagi berbanding dengan 2008, mereka tidak menjalin kerjasama yang begitu utuh, jadi sekarang dan sebenarnya selepas 2011 pilihan raya negeri yang lalu kelihatannya terdapat kerjasama yang sangat baik di kalangan parti yang menganggotai Pakatan Rakyat," katanya.

Jeniri menegaskan, jika BN tidak segera memantapkan jentera dan menyelesaikan isu yang menjadi rungutan rakyat, keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kedudukan BN pada pilihanraya umum ke-13, malah akan berlanjutan hingga pilihan raya umum negeri seterusnya.
Walaupun tidak menyatakan secara terpeinci sebab-sebab berlakunya tsunami politik peringkat kedua di Borneo terutamanya di Sarawak, Jeniri beranggapan BN tidak boleh duduk senang seperti mana yang telah dilakukannya dalam 12 pilihanraya umum sebelum ini.

Pakatan Rakyat terutamanya DAP membuat kejayaan besar dalam pilihanraya negeri April tahun lalu di mana 12 daripada 15 kerusi DUN berjaya dirampas terutamanya yang pernah dipegang sekutu BN, SUPP.

Manakala perkembangan positif yang turut diberikan ekoran kekerapan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggempur kubu kuat BN di kawasan pedalaman pun berjaya menembus beberapa kawasan yang dahulunya tidak terfikir untuk mendapat sambutan sehebat itu.

Anwar yang baru-baru ini mengadakan lawatan ke beberapa kawasan di 
sekitar Miri dan Bintulu berjaya meyakinkan penduduk setempat betapa Pakatan Rakyat kini berusaha mengembalikan hak-hak kaum pribumi yang dirampas secara rakus oleh ketua menteri Taib Mahmud dan kroni rapatnya terutamanya isu tanah adat (NCR) dan pembalakan haram yang menyebabkan kesan alam sekitar paling buruk sejak 1990.

Sementara itu, kenyataan Setiausaha Agung BN negeri, Stephen Rundi yang membayangkan BN mampu mengekalkan dua pertiga kerusi di negeri itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat bakal menyapu antara 10 ke 12 kerusi berdasarkan jumlah kerusi parlimen di negeri itu yang berjumlah 31.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...