21 Disember 2012

Panas ! Lagi Tuduhan Salah Laku Pegawai Tinggi Polis


Kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Ismail OmarMalah, mereka turut mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, yang tidak mengambil tindakan, dan mereka akan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

“Kenapa beliau memilih untuk mendiamkan diri ... Adakah beliau tidak boleh bertindak terhadap pegawai yang korup?” soal Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan hari ini.

Jelas Sanjeevan, sekiranya Ismail tidak berjumpa badan NGO tersebut untuk mereka menyerahkan bukti, kumpulannya itu akan mendedahkannya kepada umum.

Jelas beliau, Ismail sebelum ini pernah menolak pertemuan antara mereka.

“Masih lagi tiada jawapan termasuk daripada KPN Tan Sri Ismail Omar, jadi saya rasa bersetuju secara ‘senyap’ terhadap pendedahan kami,” katanya.

Musa HassanMusa, telah dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam 

 
daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang, termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

“Kebanyakan kes yang kami dedahkan adalah kes lama yang didedahkan Musa. Sesetengahnya telah pun di bawa dan diselesaikan di mahkamah.

“Jadi tidak perlu bercakap berkenaan perkara itu lagi, kecuali kes itu dibuka semula,” tegasnya.

Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan liar kepada mereka, bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang.

Mereka sebelum ini mendedahkan sedang menyiapkan dokumen untuk mengemukakan saman terhadap Phang kerana mengaitkan mereka dengan kongsi gelap dan juga Pakatan Rakyat (PR).

Phang semalam berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Musa, dan beliau bakal berhadapan saman RM100 juta kerana dakwanya telah menjatuhkan air mukanya ketika beliau masih berada dalam panel SPRM.

Beliau berkata, Musa telah menjatuhkan reputasinya dengan menuduh beliau menyalahgunakan kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis bagi mempercepatkan projek.

“Saya telah hantar surat menuntut RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya,” katanya lagi.

MyWatch dakwa pegawai polis terlibat kongsi gelap, gesa KPN ambil tindakan


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...