31 Ogos 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT DILANCAR


PETALING JAYA 31 Ogos: Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah ‘Merdeka Rakyat’.

“Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,” katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.“Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik,” kata Anwar.

Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang AsalN Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah ‘Merdeka Rakyat’Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..
Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut.

Jelajah Merdeka rakyat perhentian pertama di Bentong Pahang


Dr Wan Azizah bercakap dit Benta Pahang, perhentina kedua Jalajah Merdeka Rakyat

Konvoi #MerdekaRakyat sudah memasuki negeri Kelantan di Kg Sg Asap, Gua Musang dalam DUN Nenggiri.



YB Saifnasution Jelajah #merdekarakyat 3rd stop, Masjid Hijau, Renok B Gua Musang


Program Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

31 Ogos – 2 September 2012 (Jumaat – Ahad)
Pahang / Kelantan / Perak / Kedah / & Perlis
1) 31 Ogos 2012 (Jumaat) - Pahang & Kelantan

Program Lokasi Program

1 9.00–9.45 pg Ibu Pejabat PKR Pelancaran Jelajah Bas & Sidang Media Merchant Square, Petaling Jaya

2 10.00–12.00 thgari Bentong (P) Sambutan Eidul Fitri No 3, Taman Meranti, Bentong, Pahang

3 1.00–3.00 ptg Benta (DUN) 1. Solat Jumaat
2. Sambutan Eidul Fitri
1. Masjid Bandar Benta
2. Bilik Gerakan PR DUN Benta, Jln Benta-Jerantut, Pahang

4 4.00–6.00 ptg Nenggiri (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat Penyelia DUN Nenggiri,
Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan

5 7.00–8.30 mlm Gucil (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan

6 9.00–10.00 mlm Macang (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Macang,
Kweng Hitam, Macang,
Kelantan

7 9.00–12.00 mlm Tanah Merah (P) Ceramah Perdana - Merdeka Rakyat
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Saifuddin Nasution
3. YB Dato’ Nik Amar Nik Abdullah
4. YB Fatah Mahmud
5. YB Amran Abdul Ghani Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan


2) 1 September 2012 (Sabtu) - Kelantan & Perak
No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program

1 8.30 – 9.30 pg Kota Bahru (P) Sarapan Pagi Pasar Besar Siti Khadijah,
Kota Bahru, Kelantan

2 11.00 – 12.30 tghari Kuala Balah (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Jeli,
Bandar Jeli, Kelantan

3 1.30 – 3.30 ptg Temenggor (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,
Kg Baru, Kuala Rui, Gerik, Perak

4 3.00 – 5.00 ptg Pengkalan Hulu (DUN) Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,
Taman Tembusu, Pengkalan Hulu, Gerik, Perak

2 September 2012 (Ahad) - Kedah & Perlis
No Masa Kawasan Pilihanraya Program Lokasi Program

1 12.30–2.30 ptg Kangar (P)
Kuala Perlis (DUN) Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis

2 2.00-4.30 ptg Bukit Kayu Hitam (DUN) Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah

3 4.00 – 6.00 ptg Alor Setar (P) Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,
Alor Setar, Kedah

4 7.15-8.30 mlm Alor Setar (P)
Bakar Bata (DUN) Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar

5 9.00-12.00 mlm Alor Setar (P) Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Mahfuz Omar
3. YB Tian Chua Perkarangan Stadium Darulaman,
Alor Setar, Kedah

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...