24 Oktober 2010

Jangan terlalu over confident ke Putrajaya


Ahad, 2010 Oktober 24
Jangan terlalu over confident ke Putrajaya


Angkatan Muda Keadilan kena berwaspada dgn pengumuman PM mengenai pertahankan Putrajaya walau apapun terjadi.
Dijangkakan anwar tidak sempat mengikuti PRU13 kali ini kerana mungkin dipenjarakan.

Najib memang menunggu Parti Keadilan dalam keadaan lemah barulah PRU13 di adakan. Parti Keadilan kena persiapkan diri.

Dalam masa yang singkat ini, sepatutnya AMK kena susun strategi, yang paling penting iaitu memilih calon AMK yang berani dan boleh bangkit dijalanan untuk perubahan.

Chegubard adalah tokoh anak muda yang harus mengalas tugas tersebut kerana beliau mampu mengemudi bahtera anak muda Malaysia untuk bangkit dijalanan dan akan buat perubahan dalam PRU13.
Tak mungkin PRU13 diadakan tatkala anwar masih bebas dan kebetulan pula bajet 2011 kurang popular dikalangan rakyat.Jangan terlalu ghairah bercakap pasal ke Putraya dengan air liur atau dengan pilihan raya, mana ada di Asia Tenggara kerajaan bertukar melalui peti undi.


Ada dua saja asas najib untuk mengadakan PRU.


1. PRU13 hanya akan diadakan apabila Anwar dipenjarakan.
2. Pada tahun 2011 bajet 2012 akan dibentangkan. sudah pastinya najib akan bentangkan belanjawan popular mungkin termasuk pemberian bonus, mengumumkan pembatalan projek mega, pemberian sagu hati dsb.

Oleh itu jangan terlalu teruja nak melangkah ke Putraya, AMK patut berwaspada dgn pengumuman TPM mengenai PRU13.Parti Keadilan kena persiapkan diri.

Dalam masa yang singkat ini, sepatutnya AMK memilih anak muda yang mampu menggantikan era zaman muda Anwar.Najib memang menunggu Parti Keadilan dalam keadaan lemah barulah PRU di adakan.


Sekian Terima Kasih.

Ketua Angkatan Muda Balik Pulau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...