18 Oktober 2010

ADAKAH KITA MUDAH LUPA DIRI....??

PKR Sudah Sedia Menghantar Anwar Ke Penjara Semula

Menilai pencalonan akhir jawatan-jawatan di dalam pemilihan PKR 2010, apa yang dapat dilihat ialah PKR sudah bersedia untuk menghantar semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, sekali lagi.

Pemerhatian ini diperolehi apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya sebagai Ketua PKR tanpa cabaran, dan Azmin Ali sebagai orang kanan Anwar diletakkan dengan pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden.

Wan Azizah yang telah melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Anwar bebas dari hukuman penjara dulu, kini terpilih sebagai Ketua PKR dan bererti juga, kerusi Permatang Pauh terpaksa disandang semula oleh Wan Azizah jika beliau ingin peranannya sebagai Ketua PKR terus dihormati dan diterima oleh ahli-ahli PKR sendiri.

Terlalu sukar seseorang ketua yang tidak ada menjadi ahli parlimen mampu memantau pemimpin-pemimpin parti atau mendapat penghormatan dari ahli partinya jika beliau bukan seorang ahli parlimen juga.

Untuk itu, tidak mustahil senario Anwar dipenjara semula menjadi kenyataan. Dan pada ketika itu Permatang Pauh terpaksa berpilihanraya semula.

Tetapi tidakkah ini akan membosankan rakyat Permatang Pauh sendiri? Berpusing-pusing ke situ juga?

Jawatan Ketua Pembangkang juga mungkin terlepas dari PKR selepas ini. Kerana sudah pastinya keadaan berubah apabila Anwar sudah tiada lagi di Parlimen. DAP berkemungkinan tidak berupaya untuk melepaskan jawatan itu kepada selain Anwar.

Cabang-cabang yang menghantar nama Azmin Ali sebagai calon Timbalan Presiden pula tidak menilai panjang "akibat" daripadanya. Azmin sebagai teman paling rapat kepada Anwar dilihat "keterlaluan" di dalam kempen-kempennya sehingga pernah memanggil ahli parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan sebagai "pariah". Inikah nilai sebenar yang ada kepada pemimpin yang kini hendak menjadi Timbalan Presiden PKR?

Lebih buruk beliau sebaik saja beliau memperolehi pencalonan terbanyak, beliau telah menyerang peribadi lawan. Menuduh dan memfitnah lawannya semata-mata kerana takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Walaupun sebelumnya mulutnya manis berbicara menyatakan bahawa lawannya itu tidak akan diketepikan jika beliau memenangi jawatan yang hendak direbutnya. Tidakkah itu ciri hipokrit namanya?

Sebelum itu juga, beliau telah kerap menghentam dan mengkritik MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebabkan sehingga di satu ketika Khalid hampir-hampir ingin masuk ke gelanggang untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bertemunya.

Tetapi, kematangan Tan Sri Khalid yang mengutamakan perpaduan parti serta tidak mengendahkan "pemainan kebudakan" ini telah menarik diri.

Azmin bakal memenangi jawatan yang ditandinginya. Ini kerana taktik berkempennya yang begitu besar dan kotor lansung tidak ditegur oleh Penasihat PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Malah seolah-olah merestuinya.

Tetapi Anwar dan JPP cepat untuk menegur lawan Azmin kerana kononnya menggunakan Utusan Malaysia sebagai tempat untuk mengeluarkan kenyataan. Media-media PKR kesemuanya memberi ruang seluas-luasnya untuk Azmin tetapi tidak untuk lawannya. Ini "mutu keadilan" yang ada di dalam sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Rakyat!

PKR perlu sedar diri bahawa kemenangannya selama ini adalah bantuan rakan-rakannya dari PAS dan DAP. PKR hanya bertenggek dan memperkudakan jentera orang lain. Tanpa mereka, PKR is actually NOTHING!

PKR perlu diserahkan kepada ahli-ahlinya untuk berubah. Tidak lagi dibayangi oleh tokoh-tokoh tertentu jika PKR terus ingin menjadi parti yang kuat dan kukoh. PKR perlu melepaskan dirinya dari diimbau oleh apa juga simbol dinasti dan kroni.

Ramai tertanya-tanya pula, apakah nasib Pakatan Rakyat tanpa PKR? GB kata, PR akan bertambah kuat. InsyaAllah. Pakatan Rakyat sedang dibersihkan oleh Tuhan dari parti dan manusia-manusia yang tak sepatutnya menduduki Putrajaya.

Dan seluruh rakyat dan Tuhan sedang melihat segala-galanya. Tidak mustahil PKR akan "tersungkur" di bawah Azmin nanti.* Memang lunak istilah itu, bukan? You get what you give - dan Tuhan akan memberitahu kita siapakah "pariah" yang sebenarnya nanti.

* bukan bererti GB merestui kepada perbuatan Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi PM. Tetapi waktu sakit dan nazak seseorang, Islam mengajar kita untuk saling ingat memperingatkan. Mana tahu jika Mahathir mahu berubah. Itu sebab GB suruh TDM menggunakan kesempatan zon umur subsidinya dengan sebaik-baiknya.

Ini berdasarkan kisah baginda Rasulullah s.a.w sendiri pernah menziarahi orang Yahudi yang sedang sakit, yang akhirnya disebabkan ziarahnya itu, maka Yahudi itu pun memeluk Islam sebelum dia meninggal dunia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...