16 Mei 2010

HIDUP PR!!!!!!

TANPA ada peluang untuk SPR dan BN melakukan keajaiban malam ini, DAP dijangka akan diumumkan sebagai pemenang pilihan raya kecil Sibu tidak berapa lama lagi. SPR tidak mungkin tergamak untuk menangguhkan pengumuman selepas kesemua peti undi termasuk peti undi pos yang menjadi penyelamat sudah pun dibuka.

Berbagai angka yang keluar dari undi pos yang menjadi pertikaian. Akhirnya angka tidak rasmi menyebut undi pos yang keluar mengundi dan dikira sebanyak 2,401 undi. Dari jumlah ini BN meraih (diberikan undi pos ini) sebanyak 2,287 undi manakala undi untuk DAP sebanyak 87 undi dan calon bebas diberi 27 undi.

Sekiranya dicampur undi pos 87 undi ini bermakna undi DAP sebanyak 18,657 undi. Manakala undi BN pula akan meningkat mendadak menjadi 18,267 undi. Ini bermakna DAP akan menang dengan majoriti sekitar 390 undi.

Jumlah majoriti itu satu yang lumayan dan ia mampu mengubat kedukaan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat yang kalah kecil di Hulu Selangor dua minggu lepas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...