28 April 2010

MEB: apakah GLC masih mengejar konsesi Kerajaan?
MEB yang dibentangkan Najib baru-baru ini tidak banyak menekan pembangunan usahawan Bumiputera dan peranan GLC membangunkan usahawan Bumiputera.

Tidak wujud lagi kouta dan kerajaan hanya menjadi penyokong dalam bentuk penyediaan laluan teknologi dan pembiayaan. Kerajaan merasakan hanya ini adalah bidang yang perlu terus ditingkatkan seperti apa yang dikatakan oleh Menteri Di JPM Amir Sham Aziz yang juga merangkap Pengerusi MAPEN.

MEB juga tidak banyak menyentuh peranan-peranan GLC di dalam membangunkan usahawan Bumiputera. Di antara GLC yang terbesar seperti TNB, Telekom Malaysia dan Petronas contohnya, selama ini banyak yang mendapat khidmat sumber luar atau “outsourcing.

Yang ketara baru-baru ini seperti TM di dalam mengagihkan banyak atau hampir kesemua projek HSBB atau High Speed Broadband kepada firma Perancis Alcatel-Lucent, tiga firma China, Huawei Technologies, ZTE Corp and Fiberhome Technologies Group dengan nilaian RM11.3 billion.

Alasan mereka kerana tidak ada kepakaran tempatan. Persoalannya apakah semasa melobi projek ini dari Kerajaan dahulu mereka tidak bersedia dengan kepakaran?

Sukar dilihat di mana pemantauan dan kawalan Kerajaan di dalam isu-isu seperti ini. Wakil-wakil Kerajaan yang diamanahkan menduduki syarikat-syrikat ini seperti bisu dan “yes man”.

Malah yang lebih megeciwakan ada di dakalangan GLC bukan sahaja menjadi persaing kepada usahawan Bumiputera tetapi juga mereka ini bersaing dan berlumba-lumba di dalam mengejar konsesi Kerajaan.

Mereka juga terlibat di dalam perniagaan-perniagaan “non-core business” dan bersaing pula dengan anak-anak bilis kecil.

GLC kecuali Petronas tidak dilihat sebagai pencetus dan pemangkin malah mereka menjadi pesaing,mereka gagal bersaing di peringkat global dan lebih menjadi jaguh kampong.

Najib harus melihat hal ini dengan lebih telus dan dekat. GLC harus lebih tumpu kepada “core business”.GLC harus boleh bersaing di peringkat global dan konsesi Kerajaan tidak harus di monopoli oleh GLC.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...