21 Mac 2009

Awas..!Pengkhianat akan muncul di Bukit Selambau

PRK Bt Selambau sudah semakin hampir. Sebentar tadi di Yayasan aman Sg Petani DSAI telah mengistiharkan calun PKR yang akan bertanding PRK kali ini. S Manikumar berumur 35 tahun dan berkelulusan dari UUM, seorang ahli perniagaan muda dan begitu fasih berbahasa melayu.
Khabarnya baru menyertai PKR dan masih tidak dikenali waima di bahagian Merbuk sendiri. Ini menyebabkan adanya rasa ketidak puasan hati dari PKR Bahagian Merbuk dan juga orang2 persaorangan terutamanya yang amat mengidam untuk menjadi calun PRK kali ini. Biasa la bab2 calun ni memangnya sensitif bagi parti2 politik.


Pilih lah calun siapa sahaja walau pun jatuh dari langit pun rasa ketidakpuasan hati akan ada.Bagi saya sebagai aktivis parti akan sentiasa bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan teratas kerana sayangnya pada Perjuangan menegakkan keadilan.Cuma pertanyaan saya adalah” adakah mendapat restu dan persetujuaan dari Bahagian Merbuk?”.

Juga Khabarnya 2 pimpinan PKR negeri dijanjikan KERETA BARU jika nama beliau dicalonkan. Kalaulah betul khabar2 angin ini alangkah malangnya kerana terdapat unsur tidak sihat didalam hal untuk menjadi calun. Tak ubah seperti parti gerombolan BN. Dan ini juga akan tidak menjadi adil bagi calun2 yang lain yang mana nama mereka juga disenarai pendekkan. Perkara ini tersebar luas dikalangan ahli dan berharap perkara tersebut adalah fitnah namun Pimpinan Tertinggi PKR perlu menyiasat samada perkara ini betul atau tidak.

Dikala PKR Merbuk kalut dengan hal pencalunan yang masih di persoalkan dan berharap dengan kepintaran DSAI menyelesaikan segera hal tersebut di satu sudut kalut lagi malaun2 pengkhianat parti menyusun strategi untuk menghancur dan mengalahkan PKR dalam PRK Bt Selambau pada kali ini. Maka bertaburanlah malaun ini berjumpa dengan ahli2 PKR termasuk juga calun yang tidak dipilih untuk menusukkan jarum beracun agar benda yang retak terus terbelah dan pecah.

Khabarnya ada yang telah termakan racun ini termasuk seorang ahli majlis Perbandaran Sg Petani yang tidak berpuas hati bila namanya tidak lekat menjadi calun PRK ini. Makin mudahlah kerja buat Zamil Ibrahim ini. Sebelum ini ada dikalangan ahli Ameno memberi duit agar Zamil meletakkan calun melayu untuk memecahkan undi dikalangan ahli2 PAS dan orang melayu agar tidak mengundi calun PKR yang pilih tadi. Ada juga dikalangan kaum India yang tidak berpuas hati akan meletakkan juga calun mereka sebagai bebas bagi memprotes PKR dengan kerjasama dengan malaun ini. Kali ini makin mudahlah malaun ini membuat kerja2 pengkianatan dengan alasan calun yang di pilih PKR adalah calun yang di tolak oleh pengundi Bt Selambau. Pimpinan PKR seolah memberi bola tanggung keda pengkianat ini.

Terserahlah pada PKR bahagian Merbuk untuk kautim hal ini. Lagi cepat selesai lagi bagus. Dun Bt Selambau wajar di pertahankan kerana BN amat mengkehendaki Bt Selambau untuk merialisasikan impian mereka menawan Kedah kerana ADUN katak tetap akan melompat jika Bt Selambau terlepas dari pakatan Rakyat. Juga PKR akan ditikam dari dalam seperti artikel saya yang terdahulu “Bagai Api Di Dalam Sekam”. Khabarnya mereka akan mengadakan satu perjumpaan dengan Zamil dalam waktu terdekat juga untuk menetapkan calun Bebas dakalangan mereka. Kalau bagini tidak kurang dari 12 orang yang akan bertanding pada PRK Bt Selambau kali ini termasuk calun PKR dan BN sendiri. Boleh memecahkan rekod dan tercatat dalam Malaysia world book of record.

Rasanya PRK yang paling hebat dialaf ini…………
Bagi Pakatan Rakyat janganlah rasa hebat jika banyaknya bilik gerakan dibuka pada PRK ini. Kerana ini mungkin tektik pengkianat untuk memalukan PKR bila tiba masanya. Dimana bila hampir tiba waktu puncak bilik2 gerakan ini akan ditutup untuk memalu dan menjatuihkan imej PKR di mata pengundi. Perkara ini akan dimainkan dalam media cetak dan eletronik untuk sebaran kepada umum. Ini adalah salah satu daripada perancangan jahat mereka. Itu tak termasuk lagi projek wajib bagi setiap kali adanya pilihanraya iaitu Selamat Tinggal PKR.
Maklumat diterima telah adanya ahli dan bekas2 ajk bahagian seluruh Kedah telah bersetuju dengan projek tersebut. Cuma tungga masa dan ketika yang sesuai untuk dibuat program tersebut dan jangan terperanjat dengan keluarnya ratusan malah ribuan ahli PKR meninggalkan parti. Mungkin bila ada PRK lain PKR tak boleh bertanding lagi kerana tiada lagi ahli yang tinggal. Habis semua ahli2 PKR ikut Zamil menubuhkan parti bebas cap AYAM…Kahkahkah……
Tapi kita jangan ambil mudah perkara ini khabarnya ramai Pimpinan BN termasuk Samy Vello mempunyai akses secara direct dengan si Zamil Ibrahim ni. Ds Najib telah mengeluarkan arahan agar BN mesti memenangi PRK Bt Selambau ini, khabarnya Mahadir Khalid kena letak jawatan sebagai pengerusi Perhubungan UMNO negeri jika BN kalah di Bt Selambau. Diharap semua Pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat turun berkempen habis2san di Bt Selambau tanpa mengenal penat lelah dan imbuhan yang akan diperolehi.. Cuma kemenangan yang akan dapat mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah.



Kalau kita berjalan di Bt Selambau cuba kita ke Kg Lubuk Seguntah. Khabarnya ada sebuah rumah akan dijadikan markas srategik BN untuk PRK kali ini. Semua arahan akan dikeluarkan dari sini termasuk limpahan kewangan yang akan mengalir ke setiap pengundi DUN Bt Selambau. Mungkin juga TPM akan berkampung di sini. Kalau di PRK Kuala Terengganu dikhabarkan kos ubah suai penginapan TPM mencecah 500k apakah kos bagi maksud yang sama akan mencecah jumlah yang sama dengan di KT atau pun mungkin lebih dari itu. Apa pun kita tunggu samada betul atau tidaknya maklumat tersebut.
Cuma yang sahnya sudah terdapatnya pembangunan ala2 mee segera di Bt Selambau. Telah ada jalan2 diturap dan masih kedapatan lagi segala jentera pembinaan di sekitar Bt Selambau. Telah ada rumah2 usang penduduk dibaiki begitu juga dengan kemudahan awam seperti mesjid di indahkan yang mana sebelum ini terbiar sepi. Sebelum ini TPM sendiri telah mengkhabarkan kepada semua rakyat Malaysia tiada lagi pembangunan mee segera pada setiap kali adanya PRK. Kerajaan BN kononnya akan terus menjalankan pembangunan. Rasanya semuanya indah khabar dari rupa…….


Diharap rakyat dan pengundi Bt Selambau dapat mengajar sekali lagi BN pada PRK ini sebagaimana mereka mengajar BN pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Kekalkan Dun Bt Selambau di tangan Pakatan Rakyat yang mengamalkan ketelusan dan pengurusan adil tanpa rasuah.
HIDUP RAKYAT…………………….!!!!!!!


Sumber: Tranungkite / kedahlanie

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...