13 Mac 2009



AMK desak polis tidak amal ‘double standard’

– Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mendesak pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. :Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 lalu antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang amat mengaibkan negara.: :“Keadaan ini juga memperlihatkan kelompangan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut. :“Oleh sebab itu, AMK mendesak pihak polis tidak mengamalkan ‘double standard’ dalam menjalankan siasatan kes ini kerana sekiranya polis tidak bertindak cergas dalam menjalankan siasatan, akan memalukan negara kerana ia melibatkan pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, semalam.


:Shamsul Iskandar hadir ke balai ditemani beberapa pemimpin AMK yang lain apabila dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan dibuatnya minggu lepas. :Shamsul berkata, AMK akan menggerakkan kepimpinannya di seluruh negara untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib bagi menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlukan tindakan segera. :“Susulan daripada laporan polis tersebut, AMK akan membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus dalam mengendalikan siasatan kes tersebut. :“AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Najib bagi membolehkan beliau disiasat secara telus dan terbuka,” katanya. :Beliau berkata, AMK percaya imej Malaysia telah tercalar dengan pendedahan akhbar luar negara itu dan ia amat memerlukan tindakan amat tegas untuk memulihkan semula imej dan reputasi negara di mata dunia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...