20 Julai 2014

PM BELANDA BERI AMARAN KERAS KEPADA PUTIN PRESIDEN RUSIA : MH17


MH17: PM Belanda Beri Amaran Putin Punya 'Peluang Terakhir' Bantu Mangsa

Oleh: REUTERS


Mark Rutte

AMSTERDAM: Presiden Rusia Vladimir Putin mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan beliau serius mahu membantu penyelamat mencari mayat-mayat mangsa kemalangan pesawat penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Belanda, Sabtu.

Lebih daripada separuh penumpang di atas kapal yang terhempas berhampiran sebuah kampung di timur Ukraine, adalah rakyat Belanda, dan gambar-gambar barangan peribadi dan pasport bertaburan, dikenalpasti milik penumpang Belanda digeledah di lokasi kemalangan telah mengejutkan rakyat Belanda.

"Saya terkejut dengan gambar-gambar yang menunjukkan kelakuan yang benar-benar 'tidak menghormati' di kawasan tragis ini. Ia memualkan," kata Mark Rutte, merujuk kepada dakwaan bahawa mayat-mayat penumpang, termasuk 193 daripada negaranya, telah diseret dan dibiarkan reput di tempat kejadian.

"Dia mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan dia memang bermaksud untuk membantu," kata Rutte mengenai Putin, beberapa minit selepas perbualan dengan pemimpin Rusia itu yang disifatkan sebagai perbualan 'penuh perasaan'.

Tambahnya, pemimpin Jerman, Britain dan Australia turut berkongsi pandangan beliau.

Menteri Luar Frans Timmermans, yang berada di Kiev dengan pasukan pakar-pakar forensik Belanda cuba untuk mendapat akses selamat di lokasi kemalangan dengan berkata akses setakat ini adalah terlalu terhad bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mengenal pasti mangsa dan membawa mereka pulang.

Sebuah akhbar Belanda mencetak gambar komander pemberontak yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat Boeing 777 di muka depan dengan tajuk utama 'Pembunuh-pembunuh'.

Akhbar harian De Telegraaf menggesa kerajaan Belanda untuk memikirkan semula dasar kekangan ke arah Rusia.

"Kerajaan mesti menjelaskan kepada dunia bahawa kita berada di pihak kita dengan kemarahan," kata akhbar itu.

Disebabkan tanda-tanda risiko yang ditunjukkan untuk mengakses bangkai pesawat, Malaysia Airlines yang sebelum ini telah berjanji untuk membawa saudara-mara mangsa ke lokasi kemalangan, memberitahu televisyen nasional ia tidak dapat lagi berbuat demikian kerana ia tidak dapat menjamin keselamatan saudara-mara mangsa.


Mayat dibiar di tepi jalan, pemberontak halang kerja menyelamat


MAYAT-MAYAT mangsa MH17 disusun dan diletakkan ditepi jalan sahaja.

TIGA hari selepas pesawat MH17 dengan 298 penumpang dan anak kapal yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di tembak jatuh di Ukraine, anggota pasukan mencari dan menyelamat termasuk pasukan penyiasat dari Malaysia masih belum dapat ke lokasi kejadian.
Malah, berdasarkan laporan media asing, kawasan yang sepatutnya di kawal ketat itu boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja termasuk pendudukan kampung dan orang ramai yang lalu untuk mengambil gambar dan melihat dari dekat kawasan tragedi yang mengorbang semua 298 orang dalam pesawat malang itu.
Lebih teruk ada yang bertindak menggeladah bagasi mangsa dan mengambil barang berharga termasuk kad kredit.
Pekerja-pekerja penyelamat yang tidak diketahui dari mana datangnya perlahan-lahan mengalihkan mayat dari kawasan pesawat jatuh dan memasukkan ke dalam beg plastik hitam, tetapi kemudiannya hanya dibawa dan diletakkan di tepi jalan di kampung Grabovo.
Apa akan jadi kepada mayat itu sekarang? Apa akan jadi kepada mangsa, kepada anak-anak kecil, adik-beradik, anak-beranak, suami-isteri yang terkorban dalam kejadian itu? Bagaimana pula perasaan keluarga mangsa di seluruh dunia apabila melihat gambar-gambar mayat mangsa MH17 di dalam beg plastik hitam seperti itu yang hanya diletakkan di tepi jalan?
Menurut laporan agensi berita asing, situasi di Grabovo mengelirukan. Lelaki-lelaki bersenjata tiba dengan satu deretan kereta kemudiannya berlalu pergi, termasuk sebuah kereta yang dicat dengan warna biru dan kuning bendera Ukraine, dipercayai daripada bahagian kecemasan kerajaan Ukraine. Semua mereka bersenjata.

Namun, tidak ada siapa berbuat apa-apa dengan mayat-mayat mangsa. Tidak ada bunyi siren ambulans seperti apa yang biasa kita lihat dan dengar jika berlaku mala petaka seperti itu.
"Kamu sekarang berada dalam kawasan perang, jadi jangan risau dengan lelaki yang bersenjata," kata salah seorang pemberontak sambil memberitahu mayat-mayat mangsa mungkin akan dibawa ke rumah mayat di Snezhnoe atau Donetsk. Tetapi dia sendiri tidak pasti.

Ada juga dakwaan daripada pihak Ukraine bahawa beberapa mayat telah hilang. Ketika sebahagian besar mayat ditutuk dengan plastik hitam, terdapat anggota badan mangsa yang dikaut dan dimasukkan ke dalam guni sahaja.
Cuaca musim panas Ukraine pula menyebabkan mayat cepat mereput yang menyebabakan kawasan itu berbau busuk yang menurut para wartawan yang sudah tiba di sana sudah tidak tertanggung untuk menghidu.
Sumber Kementerian Luar Ukraine berkata, mayat akan dibawa ke bandar Karkiv di timur negara itu untuk bedah siasat, dan berjanji akan mewujudkan pusat maklumat dan menyediakan kemudahan penginapan percuma untuk sanak saudara mangsa.
Tetapi jika dilihat kepada senario di tempat kejadian, perkara itu tidak mungkin akan berlaku, tidak ada tanda-tanda pihak pemberontak akan memberi kebenaran secara meluas untuk masuk ke kawasan itu.
Para wartawan asing yang tiba ke lokasi itu tidak dibenarkan oleh pemberontak, dan pergerakan mereka sentiasa di kawal oleh orang yang bersenjata. - Agensi

2 ulasan:

Master Jaguh berkata...


This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

Awanama berkata...

Russia tggu shaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...