26 Julai 2014

Astro Pertahan Tindakan Serah Kontrak Lumayan Kepada Israel




APA MT UMNO BOLEH BUAT......KRONI PUNYA MA....HARAP SEMBANG KENCANG.....

Semalam kami menyiarkan sebuah berita bertajuk; Orang Sibuk Boikot Israel, Tapi Astro Bagi Kontrak Lumayan?

Ia berkaitan dengan kenyataan yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau yang mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.


Tindakan itu dikatakan kurang sensitif memandangkan sikap Israel yang ganas terhadap masyarakat Islam Palestin.

Melalui kenyataan itu, Astro mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.

Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro bagi menjawab pertanyaan yang dikemukan Dr Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO;


Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan.

Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara.

Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara.

Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil.

Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept. ~MNS

4 ulasan:

Awanama berkata...

udah lama benar disumbat dengan hiburan udah tak ambil kira halal haram bayar pun nak tengok jugak
Al Quran tak pulak rajin nak tengok

Awanama berkata...

Tak kirala sykt tu ada brapa ratus ribu pekeja @ bejuta rangkaian tp israel harus diharamkan berurusan di bumi msia, menteri umno jgn jd barua israel

Awanama berkata...

Jangan pung pang pung pang je... cakap je nak boikot...bikin la serupa cakap

Awanama berkata...

Susah woo nak boikot.. hahaha
Kita nak tgk apa..
Tv1 2 3 4 mana syokk..
Hahahaha
Mmg dok pungpangpungpang laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...