22 Julai 2014

MH17: SIAPAKAH DALANG SEBENAR?


Ketua Pemisah – Alexander Borodai Tetap Kata Ia Perbuatan Ukraine


Dengan begitu banyak bukti seperti rakaman suara dan tweet, Ketua Pemisah wilayah Donetsk, Alexander Borodai tetap mempertahankan bukan pasukannya yang menembak jatuh pesawat MH17.

Beliau menafikan pasukanya pernah memiliki sistem peluru berpandu BUK yang dipercayai digunakan dalam serangan pada Khamis lalu.

“Pada pendapat saya, semua maklumat yang berpunca pada internet adalah penipuan,” katanya dalam satu temuramah khas dengan pihak CNN.

Selain rakaman suara dan Tweet, wujud juga bukti bergambar kenderaan sistem peluru berpandu BUK sedang dibawa balik ke Russia selepas MH17 ditembak jatuh.

(BACA – MH17 Dipercayai Ditembak Dengan Sistem Peluru Berpandu BUK)

Namun, semua itu dinafikan secara terang-terangan oleh Alexander.



“Segala kemampuan mempertahankan diri kami hanya mampu menumpaskan sasaran yang terbang rendah,” katanya.

Russia selaku pihak yang didakwa penaung kumpulan pemisah berkenaan juga menafikan membekalkan sistem BUK dan meletakan kesalahan akibat kejadian itu di bahu kerajaan Ukraine.

(BACA – Peluru Berpandu Buk Rusia Diseludup)


KOTAK HITAM MH17 DISERAHKAN KEPADA MALAYSIA OLEH PUAK PEMISAH UKRAINE PRO-RUSSIA.







DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.

“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.

Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kiev.


10 soalan Persekutuan Rusia Mahu Ukraine Jawab



Beberapa negara dari Barat dan Kiev (ibu negara Ukraine) telah mula mencari penglibatan Rusia dalam insiden MH17 jika terdapat sebarang bukti kukuh bagi menyokong tuntutan mereka.

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia memberitahu, beliau dijemput dari pihak Ukraine untuk menjawab 10 soalan bagi membuktikan komitmen mereka kepada siasatan tidak berat sebelah.

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Antonov mengkritik negara-negara barat kerana terus membuat kesimpulan hanya “24 jam selepas nahas itu” dengan tidak mempunyai bukti kukuh.

“Mereka cuba untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kita bertanggungjawab untuk insiden tersebut. Ia adalah sangat pelik kerana tanpa apa-apa keterangan daripada sekutu saya dari media Barat dan terus menunding jari kepada pihak kami, “kata Antonov. “Ia seolah-olah membuatkan kami adalah sebahagian daripada pencetus peperangan yang telah meraka mulakan terhadap Persekutuan Rusia.”

Sepuluh soalan kepada pihak berkuasa Ukraine

1. Sejurus selepas insiden, pihak berkuasa Ukraine secara terus telah menyalahkan ia pada unit pertahanan. Tuduhan berdasarkan apa ini?


2.Bolehkan Kiev memberikan penjelasan tentang bagaimana operasi untuk sistem peluru berpandu ‘Buk’ di zon kawasan konflik? Dan mengapakah sistem pelur berpandu tersebut merupakan pilihan pertama?

3. Mengapa pihak berkuasa Ukraine tidak melakukan apa-apa untuk menubuhkan satu suruhanjaya antarabangsa?

4 Adakah Angkatan Tentera Ukraine akan mebenaran pihak penyiasatan antaranbangsa untuk membuat siasatan yang terliti terhadap kelengkapan peralatan pesawat ketenteraan, termasuk senjata roket mereka iaitu ‘SAM’

5. Adakah suruhanjaya antarabangsa mempunyai akses kepada pengesanan data dari sumber yang boleh dipercayai mengenai pergerakan pesawat perang Ukraine pada hari insiden tersebut?

6 Mengapa pengawal trafik udara Ukraine membenarkan pesawat MH17 untuk menyimpang dari laluan biasanya ke utara dan seterusnya menyebabkan pesawat melalui ke laluan ‘zon operasi anti pengganas’

7 Mengapa ruang udara di zon perang Ukraine tidak ditutup sepenuhnya bagi perkhidmatan penerbangan awam? Terutamanya di kawasan yang tidak dilindungi oleh sistem radar?

8 Bagaimanakah laporan rasmi dari Kiev yang disebarkan pada media sosial mengatakan terdapat dua pesawat kepunyaan pihak tentera Ukraine iaitu Boeng 777 terbang bersama di ruang udara zon perang tersebut?

9 Mengapakah pihak keselamatan Ukraine mengadakan satu rakaman komunikasi antara pihak pengawal trafik udara Ukraine dengan anak kapal menggunakan data sistem tanpa menunggu perintah dari pihak penyiasatan antarabangsa?

10. Apakah pengajaran yang dipelajari oleh pihak Ukraine semasa kejadian yang agak sama berlaku pada 2001, apabila kapal terbang Rusia Tu-154 terhempas di laut hitam? Yang ketika itu pihak berkuasa Ukraine telah menafikan sebarang penglibatan pihak tenteranya sehinggalah terdapat bukti kukuh yang mennyataka pihak Ukraine merupakan punca sebenar dan terbukti bersalah.

Sumber: RT



Pautan kekal imej terbenam

Tahukah anda Ukraine memiliki populasi Yahudi ke-6 terbesar di dunia & paling besar antara negara-negara bekas Soviet (termasuk Russia)?

2 ulasan:

Master Jaguh berkata...


This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

Awanama berkata...

Russia the best in the world. I

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...