25 Julai 2014

PENYINGKIRAN KHALID IBRAHIM , PAS JADI HALANGAN!!!


Khalid Ibrahim tidak pernah khianat- Hadi Awang


Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor.


MARANG: “Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza,” demikian luah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini berikutan apabila beliau tetap mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat,” ujarnya ringkas.

Menurut Hadi, majoriti di Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

“Perkhidmatan Abdul Khalid yang cemerlang dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan.

“Alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid Ibrahim tidak terlibat dengan skandal, pecah amanah dan salah guna duit Selangor. Jika itu terjadi, ya, itu kita boleh tukar,” katanya.

Tambah beliau, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan menganggap isu berbeza pendapat itu sudah biasa sejak dahulu lagi.

“Ramai yang bertanyakan soalan kepada saya apabila PAS seolah-olah dilihat cuba menghalang Anwar ke Putrajaya, saya ingin jelaskan di sini, perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi perjuangan untuk rakyat,” katanya.

Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15) ~FMT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...