25 Julai 2014

SAHAM McDONALDS JATUH, BETULKE McD MALAYSIA TIDAK TERLIBAT BIAYA DANA UNTUK ISRAEL?





Saham McD Jatuh !

Alhamdulillah... Usaha kita dan seluruh dunia dalam memboikot produk2 Israel membuahkan hasil. Inilah kejayaan yg patut kita raikan bersama dan menadah tangan untuk bersyukur kepada yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Kepada mereka yg suka memperlekehkan usaha memboikot ini, sila letak tangan di dahi dan fikirkan kembali.

**SHARE jika anda salah seorang yg memboikot produk Israel.
www.facebook.com/DrAsmadi


McDonalds Malaysia Nafi Biaya Dana Kewangan Untuk Israel



Jika kita perhatikan di mana-mana cawangan rangkaian makanan segera popular, McDonalds di seluruh Malaysia sekarang, kebanyakan lenggang berikutan usaha boikot yang dijalankan masyarakat kita mula mendapat perhatian.

Ini kerana McDonalds sebelum ini diwar-warkan sebagai bersubahat dan bersengkongkol dengan negara Israel yang kini sedang membedil umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.

Namun, menerusi kenyataan di akhbar, McDonalds Malaysia tampil memberikan penjelasan yang mereka langsung tidak menyumbang kepada dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuklah Israel.

“Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia,” memetik kenyataan akhbar mereka.

Menurut mereka, lagi disebabkan perbuatan memboikot McDonalds, mangsa yang sebenar dan terhimpit dengan keadaan ini adalah pekerja mereka yang berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarga mereka.

Sekali lagi, McDonalds menegaskan mereka tidak terlibat atau menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia.


Selain itu, mereka turut menyampaikan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. – MYNEWSHUB.MY

5 ulasan:

gajimati berkata...

kalau tak terkibat ... ada berani
letakkan poster 'Save Gaza' dak kat semua Mc Donald tanda simpati pada Gaza ... kalau tidak ... kita make don't No kat Mac Donald sampai bila-bila.

Din berkata...

sokong 1000%. ada bran ker letak poster 'Save Gaza'....

Awanama berkata...

Pelanggan astro?..ada berani?..

McGaza berkata...

takat makan burger, bikin sendiri patty burger sponge bob pun lagi sedap.

jika pengusaha mcD org islam , buka je bisnes burger baru nama McGaza. sudah tentu diserbu umat islam dgn syarat jualan ade sedikit disumbang ke tabung gaza.

idea bisnes yg baik dan jihad kan? nak pi saman2 rakyat buat apa. nnti kedai McD sudah jadi macam court laaa (mcm cerita anak bapak)

Awanama berkata...

Mcd bakau kn senang. ..Semuanya dia nk barua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...