10 Mei 2013

TERHOT ! PEMBAHARUAN PARLIMEN - KETUA PEMBANGKANG PERLU SETARAF MENTERI DAN SIARAN LANGSUNG DALAM PROSIDING !!!

 Ketua Pembangkang perlu setaraf menteri dalam pembaharuan Parlimen

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Kedudukan Ketua Pembangkang perlu setaraf dengan jawatan menteri, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) hari ini merujuk kepada siri pembaharuan Parlimen beberapa hari selepas Pilihan Raya Umum 2013.

“Pertama sekali, Ketua Pembangkang di Parlimen perlu diberi status menteri sebagai komitmen untuk mempromosikan dan demokrasi di Parlimen,” kata Lim ketika sidang media di Ibu Pajabat DAP di sini.

Beliau turut berkata Ketua Pembangkang yang kini daripada Pakatan Rakyat (PR) perlu diberi penghormatan penuh dan dirujuk penuh berhubung perkara berkaitan Parlimen.

Jelas Lim, Ketua Pembangkang juga perlu menerima jumlah elaun serupa seperti kebanyakan menteri Kabinet, termasuk kereta rasmi sebagai “kelebihan.”

Lim juga turut berkata, jawatan itu juga perlu disediakan sekurang-kurangnya dua setiausaha politik, seorang setiausaha sulit, dan tiga pembantu penyelidik.

Selain itu, Lim turut menuntut peruntukan tahunan RM500,000 kepada semua ahli Parlimen, tidak terhad hanya kepada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), seperti yang menjadi amalan biasa.


Ahli Parlimen pembangkang juga kata Lim turut mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menyelia penggunaan dana awam.

Malaysia jelasnya sentiasa melantik ahli Parlimen kerajaan bagi mengisi jawatan terbabit.

Peruntukan individu RM500,000 itu hanya boleh digunakan untuk menjalankan tugas selaku ahli Parlimen, tanpa sebarang salah guna, yang mana jelas Lim boleh dikenakan tindakan penyingkiran daripada Parlimen.

Ahli Parlimen pembangkang juga kata Lim turut mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menyelia penggunaan dana awam.

Malaysia jelasnya sentiasa melantik ahli Parlimen kerajaan bagi mengisi jawatan terbabit.

Beliau turut menegaskan, fungsi PAC adalah membuat semakan terhadap perbelanjaan kerajaan sekiranya berlaku “salah guna dana, ketirisan, dan penipuan” dengan laporan tahunan menjadi penanda aras untuk pentadbiran yang baik.

“Tetapi di Malaysia tiada siapa peduli berkenaan laporan PAC, kerana tanpa pemimpin pembangkang, PAC tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Veteran itu turut mencadangkan agar undang-undang dan peraturan mewajibkan menteri hadir ke Parlimen dan menjawab soalan kecuali mereka tidak berada di dalam negara.

“Ini paling tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut meminta siaran langsung prosiding Parlimen disiarkan supaya pengundi boleh melihat calon yang dipilih dan masa yang lebih diperuntukkan untuk setiap wakil rakyat berucap di Parlimen.

Ditanya sama ada DAP akan mengambil kedudukan sebagai Ketua Pembangkang ekoran jumlah kerusi yang dimenangi mereka lebih banyak, Lim berkata mereka masih memilih Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan tersebut.

“Saya telah mencadangkan Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau adalah calon Perdana Menteri untuk Pakatan Rakyat.

“Walaupun kami masih belum berjaya ke Putrajaya, beliau adalah calonnya,” kata Lim lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...