09 Mei 2013

120K HIMPUNAN TOLAK PENIPUAN PRU13 JUGA DILUAR NEGARA -SAKSIKAN GAMBAR & VIDEO MENARIK

120K Berhimpun: Najib, SPR & BN Tiada Pilihan Kecuali Akui Penipuan PRU13!


Akhabar online, Malaysiakini menganggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat berbanding perhimpunan-perhimpunan lain mutakhir ini.

Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

















DILUAR NEGARA


MELBOURNE


SINGAPURA


TAIPEI





2 ulasan:

Awanama berkata...

Hebat apanya, aku nampak cina je ramai...

Cina 80%, Melayu 18%, India 2%
Ni bukan himpunan rakyat Malaysia, tp himpunan cina kemaruk kuasa.

BUY MUSLIM FIRST
BUY CHINESE LAST MOVEMENT

ABC=Asal Bukan Cina

Awanama berkata...

Saudara @ saudari diatas..

saya tahu kenapa saudara/ri keluarkan kenyataan begitu...sebabnya saudara/i adalah seorang yang racist...saudara/i dengan nyata menampakkan diri saudara/i yang begitu BODOH dan TIDAK BERILMU. LEBIH BODOH DARI BINATANG.

SEKIAN..LAWAN TETAP LAWAN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...