05 Mei 2013

PECAH BERITA ! PAKATAN KE PUTRAJAYA !!!

Facebook dan twitter Anwar sebut Pakatan menang PRU 13


KUALA LUMPUR 5 MEI: Facebook dan twitter rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Kenyataan satu perenggan dalam bahasa Inggeris itu dimuat naik pada jam 7.10 malam dan dikongsi 3,919 pengguna facebook setakat jam 7.35 malam ini,

Pada laman media sosial itu juga, Ketua Umum KEADILAN itu meminta Umno dan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) tidak mengubah keputusan berkenaan.

Anwar turut menulis demikian pada akaun twitter beliau.

Semakan Keadilan Daily mendapati kenyataan itu sahih, bukannya digodam dan ia disahkan sendiri Pengarah Strategi Media Sosial KEADILAN, Praba Ganesan.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan melambangkan keyakinan Anwar terhadap potensi Pakatan dalam menawan Putrajaya berdasarkan maklumat tertentu.


(Laporan lanjut menyusul)

1 ulasan:

Unknown berkata...

admin nak exchange link feed cam kat kiri tu buleh?

ni site saya http://amsmuvee.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...