10 Mei 2013

TERKINI ! LAPURAN DEMO HIMPUNAN SMM DEPAN SPR PUTRAJAYA !!!

Himpunan (Mahasiswa melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di hadapan pejabat SPR di Putrajaya sekarang.

Replika keranda depan pejabat SPR simbol kematian demokrasi

PUTRAJAYA 10 MEI: Kira-kira 200 aktivis mahasiswa termasuk NGO berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya lepas solat Jumaat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Mereka yang berpakaian hitam itu turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.
Namun, pengawal bertugas menghalang kumpulan tersebut yang tiba kira-kira jam 2.30 petang tadi dan segera menutup pagar utama.

Hanya lima orang wakil dari kumpulan tersebut dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Pengerusi SPR di lobi pejabat SPR.

Antara kandungan memorandum ialah rakyat menolak keputusan PRU 13, mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula.

Sementara itu, kumpulan berbaju hitam tersebut berhimpun di luar pagar dan membawa sepanduk ‘Kami Mahu Pengerusi SPR Letak Jawatan’, ‘SPR Jelaskan Pengundi Hantu, Peti Undi Hantu & Blackout’ selain melaungkan slogan ‘SPR Tipu’, ‘Bangkit Rakyat’.
Kira-kira 50 anggota polis beruniform dan preman disertai tujuh anggota Unit Light Strike Force (LSF) yang dilihat mengawal keadaan, namun tidak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku.  ~Admin JD






#black505 - Serahan memo bantahan kpd wakil SPR. En Sabri pegawai PRO SPR. Nak masuk pun kunci pintu! #pru13 pic.twitter.com/LjfQpt6ycH



Demo Depan Pagar Parcel C(SPR) 



 TERKINI  Sekumpulan Mahasiswa kini berhimpun di pejabat SPR Kota Kinabalu bagi menghantar memorandum bantahan terhadap kes-kes penipuan yang berlaku semasa pilihanraya baru-baru ini.




Matinya demokrasi di Malaysia. Najib Razak UMNO BN SPR menipu rakyat hidup2. Manifestasi penolakan rakyat akan keputusan PRU13 diterjemahkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat malam tadi di Stadium Kelana Jaya. Terima kasih Al-Jazeera kerana melaporkan perhimpunan ini dengan telus. Sebarkan video ini saudara2 sekalian.


menyusul lagi.....

2 ulasan:

Awanama berkata...

Bagi saya, tindakan demo seperti ini tidak lagi berkesan, kerana hanya beberapa orang sahaj dibenarkan masuk ke dalam bangunan SPR dan serahkan memo pada wakil. TINDAKAN YANG KURANG BERKESAN. NTAH SI AZIZ TU BACA KE TIDAK.
TINDAKAN SEPATUTNYA, PENDEMO MENYERBU MASUK KE KAWASAN SPR WALAU PANJAT PAGAR DAN SERBU MASUK KE PAJABAT SI AZIZ TU.

HARET DIA BERAMAI DAN DIDAKWA DI DEPAN ORANG AWAM.

DIA TELAH MENGKHIANAT NEGARA, DAN DIA MAIN KASAR DENGAN RAKYAT, KITA BANGKIT MAIN KASAR DENAGN SPR PULA.

BANGKIT..
BANGKIT...
BANGKIT..

Awanama berkata...

Heret masuk mahkamah.. tayang pada kami perjalanan mahkamah... usurkan bukti pendakwaan... itu jalan yang paling ideal di mata kedua2 BELAH pihak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...