08 Mei 2013

MB SELANGOR, DAP DAN PAS SOKONG TS KHALID IBRAHIM


DAP sokong Khalid kekal sebagai MB Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Mei — DAP menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor bagi penggal kedua.

Dalam Pilihan Raya 2013, DAP memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di samping 15 kerusi daripada PAS dan 14 PKR membolehkan Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan negeri Selangor.

“Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) patut diiktiraf untuk integriti dan perkhidmatannya di Selangor,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya di sini. “Ini telah membolehkan Pakatan Rakyat bangkit melawan usaha kuat BN yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi kembali Selangor.

“T
an Sri Khalid patut kekal sebagai Menteri Besar setelah berjaya mengetuai Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam piliharaya umum baru-baru ini dengan memenangi majoriti dua pertiga dengan 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding hanya 36 kerusi pada tahun 2008,” tambah beliau.

Persoalan mengenai siapakah bakal menteri besar Selangor timbul apabila PKR hanya mendapat 14

kerusi DUN berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 15 kerusi.

PAS telah menyatakan tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor walaupun mereka

mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Abdul Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar.

“Kita tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada. Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Selain daripada Abdul Khalid, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut disebut-sebut mempunyai potensi untuk memimpin negeri terkaya Negara itu.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kepastian tentang jawatan panas ini.

1 ulasan:

Awanama berkata...

adun pas selayaknya menjadi mb, ttp pas sendiri mungkin kecut menduduki diatas kurusi panas ni.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...