06 Mei 2013

PAKATAN TOLAK KEPUTUSAN PRU13 KEKAL SELANGOR,P.PINANG DAN KELANTAN


KEPUTUSAN PR 87 BN 133 Pakatan berjaya rampas 21 kerusi dari BN tetapi hilang tujuh kerusi.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.

Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.

Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi.

Anwar tolak keputusan PRU13

Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak menerima keputusan Pilihan Raya 2013 selepas beliau mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merencana undi untuk memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Dikala angka semakin banyak masuk, pemimpin de facto PKR itu mengatakan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengiktiraf keputusan kerana mendakwa beberapa kerusi panas dicemari dengan penipuan besar-besaran.

“Pada ketika ini, kita tidak menerima keputusan,” kata Anwar dalam satu sidang akhbar yang penuh dengan pemberita tempatan dan antarabangsa.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...