13 April 2013

TERHOT ! UMNO TERDESAK, GUNA VIDEO LUCAH - MUSTAFA NAFI LETAK JAWATAN S.U AGUNG




Mustafa dakwa Umno terdesak, sanggup guna taktik kotor untuk jatuhkannya

DUNGUN, 13 April — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

Ketika berucap pada satu majlis di markas PAS Kampung Molek di sini malam tadi, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.

“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.

Mustafa (gambar) berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya. 


“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.

“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.


Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.”

Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

SEMENTARA UMNO...BIASANYA AKAN NAFIKAN SEGALA TINDAKAN MEREKA
KJ kecam dan tolak politik lucah sekeras-kerasnya

 Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian.

Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno.
“Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya.

“Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu,” kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini.

Khairy (gambar) berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN


mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja.

“Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja.

“Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja,” katanya lagi.

Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN.

“BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti.

“Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih.

“Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah,” katanya lagi.

1 ulasan:

Kipas LED Pru13 berkata...

politik lucah skrg dh makin berkesan, adoi tu la kan x abis2..

http://kipasparti.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...