09 April 2013

KANTOI ! BN DIMALUKAN MEDIA ANTARABANGSA, CIPLAK MANIFESTO PAKATAN




BN Dimalukan Media Antarabangsa Gara-Gara "Ciplak" Manifesto Pakatan Rakyat Menjelang PRU-13

Bukan sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang sama.

Laporan bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.

"Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.






 Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis.

Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang.

Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.

Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN.

Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama.

“Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg.

Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN.

“Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan.

"Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?” tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...