09 April 2013

TERHANGAT ! PENETAPAN CALON, BN TAK MAMPU TIRU PAKATAN !!!


Pakatan Rakyat sedang sibuk mengumumkan calon Parlimen dan Dun hampir setiap hari ada pengumuman dibuat. Nampaknya pakatan lebih awal bersedia dari BN banyak parlimen dan dun tiada masalah dalam menentapkan calon. Mungkin pengajaran dari PRU12 mereka lebih berhati-hati dan menonjolkan calon diperingkat akar umbi lebih awal.

BN masih belum mengumumkan sebarang calon lagi yang masih menjadi teka-teki oleh ahli parti dan pengundi-pengundi. Agak sukar bagi Najib untuk memilih calon seperti memilih tarikh pembubaran,  silap percaturan penyakit utama cah keting akan menyebabkan BN berputih mata pada kali ini.

Hanya ada pengumum tentang penarikan diri oleh orang yang bermasalah seperti Shahrizat yang terlibat kes  skandal NFC, ini merupakan kelemahan Najib yang tidak mampu bertindak walaupun mereka telah mencemarkan parti.

Shahrizat sah tak bertanding ,Bekas Menteri itu juga berkata, PRU13 bukan masa yang sesuai untuk dia bertanding


Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata PRU-13 bukanlah masa yang sesuai untuk beliau bertanding, sebaliknya ia masa untuk membantu menguatkan jentera Wanita untuk memastikan kemenangan BN.

“Walaupun saya ‘jeneral tentera’ Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistik, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU-13,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau memulakan kerjaya dalam arena politik pada 1982 apabila dipilih sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Kepong Baru dan kemudian dipilih sebagai Ketua Wanita Umno bagi penggal 2008/2011 setelah mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz.

Pada PRU-12 yang diadakan pada 2008, Shahrizat yang bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai dikalahkan Nurul Izzah Anwar daripada PKR dengan majoriti 2,895 undi.

Beliau bagaimanapun dilantik sebagai Senator pada 9 April 2009 dan menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum meletakkan jawatan pada 11 Mac 2012.

Shahrizat berkata keputusan untuk tidak bertanding pada PRU-13 telah dimaklumkan sejak tahun lepas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Wanita Umno dan BN yang memberi sokongan kepada beliau selama ini, Shahrizat berharap semua pihak menerima keputusannya itu dengan hati terbuka dan terus bekerja keras demi kemenangan parti.

“Terima kasih kepada Wanita. Jangan khuatir kerana saya masih dengan Wanita untuk sama-sama bawa kemenangan kepada BN,” katanya.

Ditanya mengenai bilangan calon wanita pada PRU-13, Shahrizat yang enggan mendedahkan jumlah sebenar sekadar berkata: “Saya selaku Ketua Wanita Umno dan BN dah beri senarai yang panjang kepada PM untuk dipertimbang sebagai calon”.

Senarai itu, katanya, terdiri daripada mereka yang berpengalaman, profesional, muda dan dianggap mempunyai ramuan cukup ideal dan sempurna.


Sementara itu pemilihan calon Kangar telah diprotes oleh ahli peringkat bahagian
Ahli Umno Kangar protes pencalonan Fathul Bari

Protes tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno Khamis lalu.
 Belumpun diumumkan senarai calon BN, sekumpulan ahli dan pimpinan Umno bahagian Kangar mengadakan perhimpunan di depan ibu pejabat Umno di PWTC Khamis lalu kerana membantah cadangan pencalonan ulamak muda, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai calon BN bagi parlimen Kangar.

Perhimpunan tersebut diadakan sejurus sebelum presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi mempengerusikan mesyuarat khas majlis tertinggi Umno.

Parlimen Kangar diwakili oleh bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, empat bas bertolak dari Kangar pada malam Rabu untuk menyertai perhimpunan.

“Mereka bertegas menolak orang luar termasuk Fathul Bari sebagai calon Kangar tidak kira siapapun yang memutuskannya,” kata sumber.

Difahamkan Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar Azam Rashid dan Naib Ketua Bahagian merangkap Adun Sena Jamil Saad ; Mat Hassan (Adun Kuala Perlis); Aziz Had (Setiausaha Umno bahagian); Ramli Sharif (AJK); Radzi Dan (AJK); Haliza Hamid (Ketua Puteri) dan Aziz Majid (Ketua Pemuda) hadir dalam perhimpunan tersebut.

Bantahan

Azam dipercayai turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Najib mengenai cadangan pencalonan Fathul Bari sebagai calon BN parlimen Kangar.

Menurut mereka, Umno dan BN Kangar mempunyai ramai tokoh yang boleh diketengahkan. Selain Radzi, Kangar turut mempunyai beberapa nama lain yang berwibawa untuk bertanding di Kangar seperti Azam sendiri, Datuk Hashim Suboh (bekas Ketua Penerangan Umno Perlis) dan Azihani Ali (Exco Wanita Umno Malaysia ) Mat ketika dihubungi hari ini berkata,beliau menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Perhimpunan tersebut hanya suara ahli Umno bahagian supaya menghormati kehendak Umno Kangar.

“Keputusan untuk mencalonkan Fathul Bari belum muktamad,” kata beliau.

Radzi yang hadir sama dalam perhimpuna itu, bagaimanapun enggan mengulas. Usaha menghubungi Aziz juga tidak tidak berjaya kerana panggilan telefon tidak dijawab.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...