08 April 2013

GEMPAR ! SUMBANGAN TABUNG LAHAD DATU DARI PAKATAN RAKYAT TIDAK LAKU....!!!


Sumbangan cek RM30k daripada PAKATAN RAKYAT NEGERI KEDAH kepada Tabung Kebajikan PDRM untuk kebajikan keluarga mangsa korban d Lahad Datu telah ditolak oleh pihak IPK sebentar tadi.

Derma pun main politik jugak ke?

sumber Sini

BN arah polis jangan terima sumbangan dari Pakatan Rakyat?
Tabung Lahad Datu: Polis enggan terima sumbangan dari Pakatan Rakyat

ALOR SETAR – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kecewa dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mahu menerima sumbangan daripada penyokong PR untuk disalurkan kepada wira-wira negara yang terkorban dan tercedera di Lahad Datu.

Dato’ Ir Amiruddin Hamzah berkata bahawa beliau agak kesal apabila pihak PDRM tidak mahu menerima sumbangan untuk diserahkan kepada wira-wira Lahad Datu, sedangkan ini merupakan sumbangan daripada rakyat.

Beliau berkata demikian semasa sidang media berkenaan PDRM tidak mahu menerima sumbangan wang daripada penyokong PR kepada Wira Lahad Datu, di Mess PDRM Alor Setar.

“Sumbangan-sumbangan ini adalah hasil kutipan daripada penyokong-penyokong PR Kedah dalam program-program yang dianjurkan. Kita telah umumkan bahawa kutipan ini adalah khusus untuk mangsa-mangsa yang tercedera dan terkorban di Lahad Datu.

“Selepas ini kita akan bincangkan bagaimana sumbangan ini dapat juga disalurkan kepada wira-wira Lahad Datu. Mungkin kita akan cari mangsa-mangsa tersebut di kawasan utara ini yang lebih dekat dengan kita untuk diserahkan terus kepada mereka,” katanya dalam nada kecewa.

Beliau meyakini bahawa sumbangan daripada parti politik kepada perwira Lahad Datu ini memang wujud. Tetapi beliau akan siasat terlebih dahulu sama ada wujud atau tidak sumbangan seperti ini. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana ini merupakan sumbangan daripada rakyat dan beliau menyifatkan seperti terdapat ‘double standard’ dalam kes ini.

Sementara itu, sebelum ini PR Kedah sudah dimaklumkan bahawa sumbangan tersebut boleh diserahkan kepada PDRM di Mess PDRM Alor Setar. Namun, apabila tiba hari penyerahan sumbangan tersebut, pihak PDRM tidak dapat menerima sumbangan tersebut atas alasan tidak dapat menerima sumbangan daripada parti politik. Hal ini menyebabkan banyak pihak yang terkejut dan kecewa.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cari alamat keluarga mangsa bagi sendiri lebeh baik kemudian ceritakan sikap/prangai pg yg ada di ipk yg x mau terima sumbangan trsebut pd kluarga mangsa kmudian psan keluarga mangsa undi paKATAN PD.PRU NANTI.

Tanpa Nama berkata...

Jgn ambil gaji sebab wang dari rakyat bukan wang bn

R E A berkata...

Awat depa jadi ketegaq.. Bukan utk depa tapi utk mangsa2 yg terkorban.. Jangan sombong, Allah tak suka insan yg sombong.. Ajak YM Raja Nazrin sedekah bagi pihak PKR.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe wayang kulit ke. Tak habis2 nak burukkan polis.

Tanpa Nama berkata...

Wayang kulit ape ke bendanya....kenyataan suda ada...bukan memburukkan polis...sudakan terang mahu bersuluh lagi ke???????

Tanpa Nama berkata...

kenapa sekarang je nak bagi.awal awal boleh bagi kan.simpan duit tu lama lama buat apa.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya bukan polis tu tak sudi tapi cara dia tak betul. Mana boleh terima direct dari parti politik. Pikirlah sikit. Banyak cara lain boleh salur sumbangan.

Tanpa Nama berkata...

Ya lah. Kalau nak lebih afdal, salur je ke Tabung yang dah diadakan macam Tabung Media Prima. Bagi secara ikhlas, tak perlu cerita ke orang. Bukan itu cara lebih baik. Buat apa ikut cara orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Polis pun sikit sebanyak nak jaga integriti. Kena pulak musim PRU ni, polis mesti jaga imej tidak menyebelahi mana-mana pihak. Rasanya polis hargai sumbangan untuk mangsa Lahad Datu dari sesiapa pun tapi cara dia tu biarlah kena.

Tanpa Nama berkata...

Dulu kutuk..cakap sandiwara..alih2 nak derma plak..poyo arr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...