10 April 2013

PANAS ! PASAI APA PROFESOR TIDAK SOKONG MADEY


BN perlu abaikan gesaan Dr M terhadap Ibrahim Ali atau hadapi perbalahan, kata penganalisis

 Penganalisis politik berkata imej Barisan Nasional (BN) akan tercalar jika mereka mengambil Datuk Ibrahim Ali sebagai calon pada Pilihan Raya 2013, serta menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mengabaikan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prof Dr Jayum A. Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata Dr Mahathir sewajarnya kekal sebagai negarawan bukannya mencampuri hal ehwal politik BN, lalu berkata: “Kaedah terbaik adalah Najib mengabaikan kenyataannya itu.”

Beliau berkata mungkin timbul “kesan yang sangat negatif” dan “perbalahan daripada pengundi jika Najib dan BN menuruti nasihat Dr Mahathir untuk meletak pemimpin kontroversi Melayu berhaluan kanan tersebut.

Beliau menegaskan corak politik Ibrahim tidak serasi dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Walaubagaimanapun, Jayum tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir akan menyebabkan sokongan kepada pengundi jatuh kepada BN kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi pemimpin gabungan tersebut serta Ibrahim bukan ahli BN ataupun Umno.

“Jadi bagi saya, tidak adil untuk mengaitkannya dengan Najib dan BN,” kata beliau yang menegaskan ia mungkin situasi yang berbeza sekiranya Najib sendiri yang membuat cadangan dan menyokong Ibrahim.

Bagi seorang lagi penganalisis, Wan Saiful Wan Jan berkata "suatu yang kurang bernasib baik apabila mendengar Tun Mahathir berkata sedemikian kerana Najib sudah berusaha keras untuk membawa Umno dan BN ke depan dimana melangkaui batasan garisan etnik."

"Memiliki seorang calon yang mempunyai garisan etnik yang kuat akan merosakkan sebarang potensi mana-mana parti politik," kata ketua eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS)

Penganalisis berpengkalan di Sabah, Dr Arnold Puyok pula berpendapat "sokongan Dr Mahathir kepada Ibrahim Ali tidak masuk selari dengan langkah Najib."

"Ia pasti akan memberi kesan kepada imej Najib sebagai seorang pemimpin inklusif dan konsep watassiyah yang dianjurkan BN. Kenyataan bakar Injil Ibrahim Ali menyakiti hati bukan Muslaim," kata beliau yang juga menegaskan Ibrahim hanya akan mengurangkan sokongan bukan Muslim kepada BN.

Puyok merujuk kepada kenyataan kontroversi baru-baru ini oleh Ibrahim untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah "Allah" yang menyebabkan bantahan dikalangan masyarakat bukan Muslim.

Penganalisis Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan gesaan Dr Mahathir adalah sebahagian daripada usaha untuk memberikan laluan kepada Ibrahim bertanding di kerusi parlimen di Kelantan.

Beliau berkata, MP bebas tersebut mungkin mendapati kesukaran untuknya menang di Pasir Mas menentang PAS dan Umno, serta menegaskan PAS tidak mungkin membenarkan beliau bertanding atas tiketnya sekali lagi seperti tahun 2008.

Tetapi Ibrahim boleh menjadi "calon boleh menang" jika dia bertanding di bawah tiket BN, kata ahli akademik itu yang menyentuh faktor sebagai penyandang dan sokongan Dr Mahathir akan menyebabkan jentera parti disana berkempen untuk pihaknya.

Azizuddin mengakui terdapat percanggahan antara itu agenda Ibrahim yang dibawa dalam Perkasa dan konsep 1Malaysia yang dibawa BN, tetapi ia diterima dalam lingkungan penyokong Umno, memandangkan parti Melayu itu mempunyai dua kumpulan iaitu konservatif dan ahli-ahli yang sederhana.

Beliau berkata jika Ibrahim dicalonkan sebagai calon BN, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakannya sebagai senjata terhadap gabungan itu.

Beliau juga berkata akan terdapat bantahan di kalangan rakyat dan juga daripada parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan yang "sepenuhnya menentang" agenda Ibrahim.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri Dr Mahathir menggesa BN untuk meletak Ibrahim sebagai calon dan berjanji untuk berkempen bagi pihak Ibrahim.

"Saya harap BN akan memberikan Ibrahim Ali tempat. Jika dia calon, saya akan pergi ke Pasir Mas untuk berkempen, " katanya.

"Jika kita mempunyai lebih banyak individu-individu seperti Ibrahim Ali, Malaysia akan selamat."

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...