11 April 2013

TERHANGAT ! CHEGUBARD DISABOTAJ DARI DALAM DAN LUAR PAKATAN...?!!!



Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man mengumumkan parti Islam itu akan meletakkan ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah di kerusi itu.

Mengapa pengerak anak muda dalam Pakatan ini dimainkan, adakah PKR dan PAS mempunyai agenda sendiri, admin malas nak ulas atau membuka pekung sendiri....ingat hangpa dah rasa nak tawan Putrajaya kut, kena ingat tanpa sokongan Rakyat siapa Pakatan....?

Perbincangan sedang berlangsung untuk selesaikan tiga penjuru di Sg Acheh

 Pemimpin tertinggi PKR dan PAS akan berbincang untuk menyelesaikan pertarungan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh berikutan pengumuman calon oleh kedua-dua parti sepanjang dua hari lalu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, isu ini akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 20 April.

“Pemimpin kita akan berbincang dan menyelesaikan perkara ini nanti,” katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat DAP Pulau Pinang pagi ini.

Malam tadi, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man mengumumkan parti Islam itu akan meletakkan ketua pemuda PAS negeri Yusni Mat Piah di kerusi itu.

Sehari sebelum itu, pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman mengumumkan parti itu akan meletakkan penulis blog yang dikenali sebagai Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin di Sungai Acheh.

PAS dan PKR, kedua-duanya dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), telah berada dalam perbincangan mengenai kerusi ini kerana PAS mahu bertanding di kerusi tersebut.


PAS secara tradisinya bertanding di DUN Sungai Acheh sebelum 2008 dan pada Pilihan Raya 2008, mereka meminjamkan kerusi tersebut kepada PKR.

Dalam Pilihan Raya 2008, Datuk Mahmud Zakaria dari Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti kecil 250 undi.

“Kami telah menyelesaikan lebih 100 kerusi dalam perbincangan untuk pilihan raya dan ini hanya satu kerusi, kita boleh selesaikan ini,” kata Mat Sabu.

Sebelum itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga mengatakan perbincangan akan berlaku diantara pemimpin tertinggi PKR dan PAS.

“Adalah lebih baik kepimpinan tertinggi menyelesaikan ini,” katanya.

Pengerusi PR Pulau Pinang itu mengatakan perbincangan mengenai kerusi Sungai Acheh adalah diantara dua parti itu dan yang terbaik adalah dengan membiarkan mereka menyelesaikannya.



Respon mengenai kerusi DUN Sungai Acheh
Kenyataan Umum



11 April 2013

RESPON KERUSI DUN SG. ACHEH

27 Mac 2013 che'GuBard telah membuat kenyataan yang mempertegaskan
sedia menjadi jentera biasa dalam PRU akan datang, menyeru semua anak muda perbagai peringkat menyatukan kekuatan bagi menumbang regim. PRU 13 merupakan PRU penting untuk membuat perubahan besar.

tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 , pasti akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.
klik sini untuk baca lanjut

Namun pada 9 April lepas Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Pengerusi MPN Pulau Pinang telah mengumumkan che'GuBard dipilih menggalas amanah parti bagi mewakili PR di DUN Sg. Acheh, P.Pinang

Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard. Rumah kedua che'GuBard di N.Tebal,ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che'Gubard punya ramai juga kenalan di sini, pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dari segi perjuangan bersama masyarakat banyak terlibat antaranya memperjuangkan isu tanah penternakan kerang, menggunakan hubungan baik dengan pimpinan kerajaan negeri akhirnya tuntutan penternak kerang di Sungai Udang (dalam kawasan Sungai Acheh) berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setelah tidak didengari pun oleh kerajaan negeri (Bn) sebelum ini sekian lama.

Awal tahun 2012, che'GuBard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor Othman sendiri secara berdepan untuk che'GuBard turun membantu di kawasan tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.

Semenjak itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.

Satu pusat khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan.
Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput che'GuBard ke N.Tebal sebagai calon, che'GuBard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.

Memahami soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili.
Kenyataan 2 April, Pengerusi MPN P.Pinang diangkat sebagai arahan parti dan akur dengan amanah yang diberikan. Melihat ruang dan peluang untuk mengembeling Suara dan idealisma muda untuk P.Pinang seterusnya menjadikan kawasan paling selatan di Pulau Pinang bangun seiring dengan arus pembangunan negeri yang diiktiraf sebagai antara negeri yang ditadbir dengan cara terbaik berdasar rekod laporan audit negara.

Namun 10 April 2013 PAS pula telah membuat pengumuman nama calon di kawasan DUN Sg. Acheh juga. Respon che'GuBard mudah, yang kita harus hadapi ialah regim bn, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat. che'GuBard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. che'GuBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran, sedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat.

Semua jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, che'GuBard memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal mentadbir negara.
Semua jentera PR dan aktivis rakyat harus bersekutu demi menghadapi regim. Ini masa terbaik.Ini kalilah !

che'GuBard

2 ulasan:

miji berkata...

Oiii... ingat laa ini final lap... kalau leading pun tapi xcident nanti, kalah la jawapnya..

Tanpa Nama berkata...

SubhanAllah,
Apa nak jadi dengan puak-puak ni dah mula wujub dan takbur, tokwan rasa perkara ini dah settle dan telah diputuskan oleh Pucuk Pimpinan ketiga-tiga parti dan tokwan tak mau menuding jari SIAPA YANG TAK AKUR dengan keputusan pusat, patut cepat-cepat sedar, jangan nak tunjuk pandai. Kalau Ust Salleh Man dan Mansor Othman berkeras kepala YAKINLAH BN dah dapat satu kerusi di Pualau Pinang.

Baliklah secepat mungkin ke meja perundingan dan berhemahlah demi kemenangan collective bukan individu.

Bagi tokwan tokwan kurang selesa dengan Sdr Mansor Othman dan sedikit kurang selesa dengan Ust Salleh Man yang kadang kala terlupa dimana sebenar mereka berdiri. Siapakah yang utama Muhajirin atau Ansar balik kepada sirah..... lihat bagaimana NAbi s.a.w menyelesai maslah.

Tokwan Perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...