19 September 2012

Panas !!! Kerana Wang Sanggup Tembak Mati Rakan Sekerja


TAIPING 18 Sept. - 'Kawan makan kawan', itulah istilah yang tepat bagi menggambarkan tindakan seorang pengawal keselamatan yang sanggup menembak rakan setugasnya sebelum melarikan enam beg plastik berisi wang tunai berjumlah kira-kira RM1.2 juta yang dibawa dalam sebuah van keselamatan di Jalan Tekah, Asam Kumbang di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa, Hasnul Hafis Saad, 28, dalam perjalanan pulang bersama suspek ke syarikat tempat mereka bekerja, Safeguard Securicor di Kampung Boyan selepas mengambil wang mesin deposit di beberapa bank berhampiran.


Peehh! Apa nak jadi semua tak boleh diharap lagi semua dah jadi penyamun.....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...