16 September 2012

POLITIK SARAWAK : NAJIB DAN TAIB BERTEMPUR DENGAN PEPERANGAN PROKSI.....


Najib dan Taib dalam PERANG PROKSI: Sokongan di S'wak berubah "kiri, kanan & atas pagar"


Kemelut di Sabah belum lagi selesai, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berdiam diri sahaja. Dia dan gabungan Pakatan Rakyat sudah mula bergerak ke kawasan jiran iaitu Sarawak, kubu kuat Taib Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tok Uban yang telah memerintah Sarawak melebihi 3 dekad mengikut kemahuan dan citarasanya sendiri.

"Sokongan bergerak ke kiri, kanan dan atas pagar dalam BN Sarawak. Ia adalah masa yang sesuai untuk Pakatan bagi melancarkan serangan hebat," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"BN di Sarawak sekarang berpecah. Secara teknikalnya, sudah 4 orang penggubal undang-undang telah meninggalkan parti mereka walaupun mereka kekal mesra BN. Kemunculan Parti Pekerja Sarawak akan melemahkan lagi BN."

Bagi BN, sudah terang lagi bersuluh


Tian dan pakatannya baru-baru ini telah mengalu-alukan 3 pemimpin kanan BN Sabah, yang keluar dari parti mereka, akibat kecewa dengan kerajaan persekutuan dan negeri yang gagal menepati janji menjaga dan meninggikan taraf hidup rakyat Sabah. Kebanyakan mereka kekal miskin walaupun negeri itu kaya dengan hasil semulajadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri telah terbang ke sana untuk meredakan keadaan

tetapi tidak mampu menghentikan Lajim Ukin, ahli Majlis Tertinggi Umno, Wilfrid Bumburing, MP Tuaran, dan Senator Maijol Mahap daripada keluar BN. Ketiga-tiga telah mengesahkan rancangan untuk membentuk sebuah gerakan mesra Pembangkang yang bebas untuk menggerakkan pemimpin-pemimpin Sabah untuk berjuang bagi membuat perubahan kepada negeri mereka.

Langkah ini sungguh mencemaskan kerana kedua-dua Sabah dan Sarawak memegang kerusi yang cukup di Parlimen Malaysia untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum ke-13, yang mesti diadakan sebelum Jun 2013. Daripada 222 kerusi Parlimen, 25 di Sabah dan 31 di Sarawak, memberi gabungan itu 25% kuasa kepada Parlimen.

Najib sendiri memanggil Sabah dan Sarawak "deposit tetap" BN, satu istilah yang telah menjadikan penduduk di sana marah, menambah kepada ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan persekutuan di Semenanjung Malaysia yang dicemuh sebagai korup dan tamak. Pemimpin BN telah dituduh mengumpul kekayaan besar atas hasil Sabah Sarawak tanpa adanya pelaburan dua hala seperti usaha untuk benar-benar membangunkan serta memodenkan kedua-dua negeri itu.

Taib lebih bimbangkan Najib

Taib yang berusia 76-tahun itu juga dikritik hebat. Parti PBB yang memegang cengkaman kuku besi terhadap kerajaan negeri kerana sudah berdekad melakukan tipu muslihat dalam pilihanraya.


Tetapi, Anwar dan Pembangkang bukanlah menjadi punca kebimbangan atau dendam bagi Taib. Najib dan Umnolah yang paling dikhuatiri Taib. Setakat ini, Taib telah berjaya menumpaskan segala usaha termasuk dari bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk membawa UMNO ke Sarawak. BN Sarawak terdiri daripada PBB dan SUPP yang semakin hilang populariti dan juga beberapa parti-parti kecil yang lain.

"Taib tidak begitu bimbang akan Pakatan, dia merupakan seorang yang agak ‘Borneo-centric’. Dia begitu curiga akan kuasa Semenanjung yang ingin memasuki Sarawak dan sebenarnya, Najib dan Umno dari Semenanjung merupakan yang paling dibencinya," Tian memberitahu Malaysia Chronicle.

"Dia masih berdendam selepas peristiwa pilihan raya negeri tahun lepas. Dia telah dimalukan di tempat sendiri apabila Najib secara terbuka komited untuk menamatkan pelantikannya sebagai Ketua Menteri dan membayangkan Taib akan meletak jawatan selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri."

Pada April 2011, Taib berjaya menewaskan Pakatan dan kembali memegang kuasa ke atas kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, DAP dan PKR membuat kemajuan besar dengan DAP memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 3. Parti BN yang telah lama bertapak seperti SUPP menerima kekalahan teruk.

Perang proksi

Pada pilihan raya umum akan datang, hanya kerusi di Parlimen persekutuan boleh ditandingi. Ada spekulasi yang mengatakan Taib akan menaja calon bebas atau Parti Pekerja Sarawak untuk menentang calon yang dipilih oleh Najib.

"Nampaknya Najib dan Taib akan terlibat dalam perang proksi dengan memberi sokongan kepada

beberapa calon. Taib juga mahu semua Ahli Parlimen Sarawak untuk setia kepadanya tetapi Najib telah menegaskan bahawa dia akan melakukan pemilihan akhir dan tidak akan membiarkan parti membuat keputusan sendiri. Ini bermakna Najib akan menamakan calon-calon yang setia kepada kepimpinan pusat atau persekutuan dan bukan kepada Taib," kata Tian.

"Akhirnya, Taib akan kehilangan cengkaman kuasanya. Adakah Taib akan menerima keadaan ini tanpa melakukan apa-apa?"

Pergaduhan dan pertengkaran atas siapa yang akan dipilih untuk bertanding dan kerusi yang mana untuk dipertandingkan telah meletus merentasi landskap politik Sarawak. Terdahulu, pada awal bulan ini, kontroversi ADUN Meluan, Wong Judat akhirnya meletak jawatan dari partinya, Parti Demokratik Progresif Sarawak selepas dispekulasi untuk beberapa bulan.

Menurut Judat, dia meletak jawatan akibat MP Julau, Joseph Salang yang "berdegil" mahu

mempertahankan kerusinya. Tetapi beberapa penganalisis politik tidak setuju bahawa itu merupakan sebab sebenar, dan menegaskan bahawa Judat, hanya seminggu yang lalu, mengaku bahawa dia “masih 100 peratus bersama SPDP".

Salang juga merupakan pemimpin BN dan naib presiden Parti Rakyat Sarawak. Adalah dipercayai bahawa "perebutan kuasa" di kalangan parti komponen BN telah memaksa Judat berbuat demikian. Setiausaha negeri BN, Stephen Rundi telah secara terbuka mengancam untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Judat kerana gagal mempertahankan semangat perpaduan Barisan untuk memenangi pilihan raya umum.

Bagi Parti Pekerja Sarawak yang kontroversi, ketuanya Larry Sng, yang juga dianggap sebagai

anak didik Taib telah menerima kritikan pedas Najib. PM mempersoalkan keikhlasan SWP dalam mengisytiharkan dirinya "mesra BN" tetapi mahu bertanding untuk 6 kerusi yang disandang PRS '.

"SWP tidak boleh menuntut dirinya mesra BN apabila ia mahu bertanding menentang BN. Tindakan- tersebut jelas tidak konsisten. Jika ia adalah benar-benar mesra BN, apa salahnya menyokong semua calon BN. Itulah isu utama disini," Perdana Menteri memberitahu sidang media pada bulan Jun.

Najib berkata jika SWP berjaya memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang, ia masih tidak akan dijemput untuk menyertai BN.

"Persoalan untuk menyertai BN tidak timbul. Apa yang penting ialah menyokong semua calon BN. Jika tidak, tindakan mereka meletakkan calon-calon sendiri akan memecahkan undi. Nasihat saya kepada rakyat Sarawak adalah untuk menyokong calon BN sahaja, "kata PM.

Bagi Taib pula, dia hanya mengulas bahawa dia telah cuba untuk "menasihati" Larry daripada menyertai SWP.

Peluang untuk Pakatan


Sementara itu, BN Sarawak yang asyik bermain wayang sedang diperhatikan oleh pembangkang di tanah semenanjung. Walaupun rasa tidak puas hati yang sedang memuncak memberi peluang, pemimpin Pakatan Rakyat mengakui ia tidak akan begitu mudah di Sarawak untuk pakatan bentuk baru.

Walau bagaimanapun, Tian meramalkan Pakatan akan membuat kemajuan yang belum pernah dicapai sebelum ini, dengan DAP sebagai peneraju.

"Kami akan tunggu dan lihat. Ada perbincangan awal yang telah bermula pada tahun lepas tetapi ia begitu berhasil seperti di Sabah. Namun, SUPP sudah menjadi sangat lemah dan bukan lagi lawan kepada DAP. Bagi PKR, kita menumpukan usaha di kawasan tradisi KDM dan PAS juga sudah mula mendapat sambutan, " kata Tian, ​​ketua perunding dalam rundingan dengan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang telah keluar parti pada bulan lepas untuk membentuk pergerakan sendiri yang akan membuat perubahan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...