16 September 2012

Terkini ! Chegu Bard Masih Hidup Setelah Membuat Aduan Dari Bangunan SPRM....

Twitter: AnakSgDerhaka ‏@AnakSgDerhaka
@chegubard .. Still alive setelah keluar dari bangunan SPRM




LAPORAN PENYELEWENGAN GERAN BANTUAN KEBAJIKAN PERDANA MENTERI KEPADA PERSATUAN BEKAS ANGGOTA POLIS – Soi Lek Terlibat??


SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

16 September 2012

LAPORAN PENYELEWENGAN GERAN BANTUAN KEBAJIKAN PERDANA MENTERI KEPADA PERSATUAN BEKAS ANGGOTA POLIS MALAYSIA SEBANYAK RM500,000

Perkara diatas di rujuk.

Pada 12 September 2012 saya telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia sebanyak RM500,000 telah diselewengkan dengan terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

Bersama ini saya sertakan set dokumen tersebut yang mengandungi :

 Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.

 Surat maklumbalas dari persatuan kepada Kementerian Kewangan – persetujuan menerima bantuan sebanyak RM 500,000 pada tarikh 6 April 2012

 Penyata Akaun berakhir bulan Mac 2012

 Penyata Akaun bulan April 2012

 Menyata Akaun persatuan Mei 2012

 Minit Mesyuarat exco ke 192 Bil 02 / 2012 Persatuan Bekas Polis Malaysia

 Minit Mesyuarat exco ke 193 Bil 03 / 2012 Persatuan Bekas Polis Malaysia

Dalam dokumen tersebut jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang membantu persatuan mendapatkan Geran bantuan Kebajikan yang akhirnya dalam minit mesyuarat persatuan merakamkan yang persatuan kena membayar RM 200,000 kepada sebuah syarikat yang kononya menjadi orang tengah dalam mendapatkan bantuan.

Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat ‘komisyen’ yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya.Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul.


Sekian ---Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) www.anakmudamalaysia.com www.chegubard.blogspot.com Email: chegubard@gmail.com


Menyusul lagi- Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...