17 September 2012

Panas!!! Polis siasat ADUN lepaskan tembakan


Seremban: Polis sedang menyiasat aduan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa melepaskan tembakan di kawasan rumahnya di Rasah Kemayan di sini, malam Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 8 malam selepas beliau bertengkar dengan seorang lelaki yang berada di kawasan rumahnya. Bagaimanapun, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. Polis terima laporan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata polis sudah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terbabit dalam kejadian itu.

Kita menyiasat kejadian ini dengan mendalam dan siasatan dijangka selesai tidak lama lagi, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, Pengerusi DAP negeri ini, Anthony Loke Siew Fook, mengeluarkan kenyataan beliau mendapat maklumat ada tembakan dilepaskan di rumah ADUN berkenaan beberapa hari lalu.

Kita menggesa polis siasat kejadian itu dengan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak walaupun ahli politik berprofil tinggi. Jika betul kejadian itu berlaku, kita mahu ia disiasat, katanya.-BH


BERITA BERKAITAN GAH DI FB:

GEMPAR!!! Siapa Exco Kerajaan N/Sembilan dari UMNO yang lepaskan tembakan ?


Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan:

@anthonyloke Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis:

Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!

Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari Umno, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan.

Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan.

Ketua Polis negeri, Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut.

Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut.
-Kedahkini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...