20 September 2012

Panas! Apa Macam Orang Sarawak ? Keluarga TAIB MAHMUD Dah Sapu RM64 BILION....



Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud sebanyak USD21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan peribadi Taib sahaja dianggarkan sebanyak USD15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi bilionair Robert Kuok yang bermastautin di Hong Kong dengan kekayaan hanya USD12.5 bilion (RM23 bilion).

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels, Belgium hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia merupakan laporan pertama yang mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Keseluruhannya, kekayaan Taib dan 20 ahli keluarganya yang terdiri daripada empat anaknya, enam adik beradiknya, sepupunya yang berpengaruh dalam syarikat pembalakan yang disiasat di Australia, Hamid Sepawi dan dua orang menantu lelakinya termasuk adik ipar Robert Geneid berjumlah USD21 bilion setakat diaudit pada Julai tahun ini.

Sekiranya BMF menganggarkan ia hanyalah pendedahan kecil yang mana ia lebih besar dari jangkaan mereka (anggaran kasar antara USD36 bilion), Taib boleh mengatasi Lelaki Terkaya di Asia, Li Ka-shing dari China yang juga menetap di Hong Kong yang mempunyai kekayaan sebanyak USD25.5 bil (RM77.71 bilion) setakat Mac tahun ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...