22 September 2012

Kantoi!!! PKR kata pengerusi SPR penipu besar


KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof “penipu besar” kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.

Saifuddin: ”Laporan kita adalah tepat.” — Foto fail
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR.
“Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat,” kata ahli parlimen Machang itu kepadaThe Malaysian Insider.
Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
“Gambar itu telah diubah,” kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.
Abdul Aziz: “Gambar itu telah diubah.” — Foto fail
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.
Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya.
“Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar,” kata Saifuddin. “Saya tunjuk gambar ini.
“Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
“Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal,” kata Saifuddin lagi.
Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang.
Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.
Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang
.

2 ulasan:

Awanama berkata...

tgk muka zahir macam ada cop penipu tak caya kita pi buat test dectector kita tgk limit stress dia kecuali dia pelakon

Awanama berkata...

Tengok wajahnya tidak ada cahaya. Aku berdoa Allah lanati dia dan kerabatnya. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...