29 Ogos 2012

Panas !!! Saham FGVH Najib Tunduk Kepada " Makhluk Perosak = Haram Jadah "

Felda biaya sepenuhnya saham FGV peneroka, Felda memperuntukkan RM360.7 juta bagi meringankan beban membeli saham FGVH


KUALA LUMPUR: Felda akan membiayai sepenuhnya pembelian 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada peneroka, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, untuk itu Felda memperuntukkan RM360.7 juta bagi meringankan beban peneroka membeli saham FGVH.

“Maka peneroka tak perlu meminjam atau mengeluarkan duit sendiri. “Mereka boleh memiliki saham tersebut dan hanya bayar semula RM50 sebulan sehingga selesai dalam jangkaan tempoh lima tahun tanpa faedah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Kumpulan Felda di Bangunan Felda di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan RM5.99bilion dana telah dikreditkan ke dalam akaun Felda, hasil perolehan daripada jumlah keseluruhan RM10.5bilion dana FGVH.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pemberian interim dividen sebanyak RM400 kepada peneroka selepas dua bulan FGVH tersenarai dalam Bursa Saham.

Katanya, jumlah dividen itu diperoleh daripada saham FGVH dan 20 peratus hasil yang disalurkan kedalam tabung amanah Yayasan Felda yang dikhaskan untuk peneroka.

“Keuntungan besar ini hasil daripada penyenaraian FGVH yang selama ini ditentang hebat oleh ‘makhluk perosak’,” katanya yang merujuk kepada pembangkang.

Beliau turut berkata saham FGVH kini berada dalam keadaan baik dan yakin mampu mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan.


Ulasan Najib Anti-penyenaraian FGVH ‘makhluk perosak’

'Makhluk perosak' selama ini cuba memberikan gambaran buruk terhadap usaha Felda membantu peneroka termasuk penyenaraian



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan golongan anti-penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang terdiri daripada pembangkang sebagai ‘makhluk perosak’- selepas menggelarkan mereka sebagai ‘haram jadah’ Mei lalu.
Najib dalam ucapannya semasa Jamuan Hari Raya Kumpulan Felda berkata, ‘makhluk perosak’ selama ini cuba memberikan gambaran buruk terhadap usaha Felda membantu peneroka termasuk penyenaraian.

Namun, katanya ternyata tanggapan mereka meleset apabila Felda mencapai pelbagai kejayaan termasuk pembelian bangunan 50 tingkat Menara Felda.

“Keseimbangan dengan segala yang dicerca felda, yang telah cuba dibohongkan mereka sebenarnya tidak berasas sama sekali.“Pembangkang cuma boleh melempar kritik sahaja dan menidak apa yang kita buat tapi jasa inilah yang dilakukan kerajaan,” katanya dalam ucapan di Menara Felda di sini hari ini.

Najib dalam ucapannya semasa mengumumkan ‘durian runtuh’ di Jengka Mei lalu menggelarkan pihak pembangkang yang menentang penyenaraian FGVH sebagai ‘haram jadah’.Beliau turut berkata pembelian Menara Felda daripada Naza TTDI itu juga mendapat keuntungan dengan nilai aset semasa kini RM1.1 bilion.

Malah, syarikat asing antarabangsa juga berminat untuk menyewa 15 tingkat bangunan itu.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan pemberian RM5,000 ‘durian runtuh’ kepada generasi kedua yang akan diagihkan pada Oktober depan, selepas selesai pembentangan Bajet 28 September depan


BERITA SEMALAM :

Peneroka Tersentak Saham FGVH Bukan Percuma, Terpaksa Tanggung Hutang Bank




SHAH ALAM, 28 OGOS: Kegembiraan peneroka menyangkakan bahawa 800 unit saham Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) yang ditawarkan kepada mereka adalah percuma bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terpaksa membayar hutang bank bagi membolehkan mereka memiliki saham tersebut.

Kebanyakkan peneroka yang terpaksa menanggung hutang ini hanya menyedari kewujudan pinjaman ini apabila menerima surat bayaran semula pinjaman bernilai balik hutang berjumlah RM3,630 untuk pembelian 800 unit saham FGVH terlibat dari pihak bank baru-baru ini.

Demikian beritahu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika dihubungi TVS hari ini.

“Kebanyakkan mereka tak menyedari ada antara borang yang mereka tandatangani itu adalah pinjaman bank untuk beli 800 unit saham FGVH, sebab peneroka ini tidak diberikan penerangan yang jelas sebelum turunkan tandatangan.

“Rata-rata peneroka atau waris yang menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH mereka dapat itu percuma.

“Mereka keliru kerana istilah yang digembar gemburkan adalah durian runtuh dan menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit,” kata Mazlan.

Malah menurut Mazlan, isu ini tutut menimbulkan perbalahan antara ahli keluarga sebilangan peneroka dan waris mereka.

“Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yangg nak ambil tanggungjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru-baru ni.

“Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria-iya dulu suruh sain adalah adik beradik,” katanya lagi.

Menurut Mazlan, pinjaman yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus itu dicah secara harian.

Jelas Mazlan, caj faedah harian tersebut berterusan meningkat selagi bayaran pinjaman tidak dijelaskan oleh peneroka terbabit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...