26 Ogos 2012

Panas!!! Hebat....Budak Melayu 1Malaysia sudah kuasai Satu Lorong

‘Pot’ Disko Paling Ramai Budak Melayu Di KL Dah 18 Kali Diserbu


Facebook PDRM melaporkan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan sebanyak (18) serbuan secara bersepadu terhadap premis-premis hiburan di kawasan berkenaan dan (17) tangkapan terhadap individu yang melakukan pelbagai kesalahan.

Tindakan juga telah diambil ke atas premis-premis hiburan yang melanggar peraturan membabitkan (5) kes tiada lesen, (7) kes operasi lebih masa, (1) kes lesen tamat tempoh dan (1) kes membenarkan pelanggan bawah umur masuk pusat hiburan yang dituduh mengikut Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )1992.

Berkaitan dengan isu pergaduhan pada 15hb Jun 2012, semakan mendapati tiada laporan polis diterima atau dibuat berhubung kejadian tersebut.

Pihak Polis akan sentiasa bertindak pantas mengikut ’respon times’ yang ditetapkan sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.

Kereta Peronda Polis (MPV) juga sentiasa melakukan rondaan kerap atau berkala di kawasan berkenaan.

Demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam terkawal usaha membanteras jenayah dan dadah akan terus dijalankan dari masa ke semasa dengan membuat pemantauan dan tangkapan di kawasan berkenaan.



* Berikut adalah artikel Utusan Malaysia mengenai laporan bertajuk ‘Remaja Melayu Ganti ‘Mat salleh’

KUALA LUMPUR 18 Julai – Sekitar 10 tahun lalu, pusat-pusat hiburan atau disko di Jalan Doraisamy di sini merupakan lokasi pelancong asing berhibur selepas memilih menginap di hotel di Jalan Sultan Ismail.

Sejak itu juga, jalan yang hanya sepanjang 500 meter itu kelihatan meriah pada setiap malam minggu dengan pelbagai promosi dilakukan pusat hiburan untuk menarik perhatian pelancong.

Namun sejak beberapa tahun lalu suasana dan status pengunjung 14 pusat hiburan di bangunan yang digelar ‘Heritage Row’ itu telah bertukar kepada golongan remaja Melayu.

Gelagat pelancong asing pula hanya kelihatan di pusat hiburan Jalan P. Ramlee dan Bukit Bintang.


Remaja dan pemuda Melayu lingkungan umur 16 hingga 30-an dianggap sebagai telah ‘memegang’ kawasan tersebut yang semakin ‘panas’ dengan aktiviti dan perkara yang menyalahi undang-undang.

Pada setiap malam minggu lebih 1,000 pasangan Melayu akan berada di Jalan Doraisamy untuk berhibur tanpa merasa takut dengan pemantauan pihak berkuasa.

Keghairahan remaja Melayu bersosial dan berlagak samseng juga semakin menjadi-jadi apabila mereka cuba berlagak sebagai hero di kawasan itu.

Antara perkara yang tidak dapat disembunyikan lagi ialah pergaduhan yang boleh dikatakan berlaku hampir setiap malam minggu atau ladies night iaitu pada hari Rabu.

Cuma yang membezakan ialah teruk atau tidak dan sama ada mangsa yang dibelasah sekadar menerima jahitan, dimasukkan ke wad, terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) ataupun mati.

Dalam tinjauan yang dilakukan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati, sebahagian besar daripada lebih 1,000 pengunjung yang berada di Jalan Doraisamy terdiri daripada remaja beragama Islam.

Pada malam minggu, setiap disko akan dipenuhi lebih 300 pengunjung yang akan berpesta arak sambil menari dibuai muzik berirama R&B (Rock & Blues) dan Trance.

Walaupun ada undang-undang menghalang kemasukan pengunjung di bawah umur 18 tahun, namun ia ditukar dengan promosi pembelian arak pada harga RM400 hingga RM500 sebotol.

Mungkin terdapat remaja Melayu mendakwa hanya meminum air berkarbonat, tetapi demi menjaga ego sebagai seorang yang bersosial di pusat hiburan pastinya minuman keras akan berada di atas meja dan ia hasil tinjauan yang dilakukan.

Bagi pengunjung lelaki yang tidak mempunyai teman mereka juga boleh memilih disko yang menyediakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) sama ada tempatan atau warga asing.

Selain itu, terdapat disko di situ yang menyediakan hari khas pada setiap Ahad bagi memberi ruang kepada kumpulan ‘dua alam’ iaitu gay untuk berhibur bersama pasangan masing-masing secara terbuka

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...