01 September 2012

Panas! Syed Mokhtar rupanya kroni Muhyiddin....Berapa Bilion kekayaan Muhyiddin ?

Muhyiddin & lelaki Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dengan Stamford


Kita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:

MMC, DRB Hicom, Proton, Malakoff, Johor Port, Senai Airport, Port of Tanjong Pelepas ,Bank Muamalat, Padiberas Nasional, CSR Sugar, Gardenia, MPH Bookstores, Penang Port

Sekarang dia mahukan…..RTM, KTMB, Bank Islam


Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.

Stamford & keuntungan 4,622%

Stamford Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang berdaftar di Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya dimiliki oleh keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari Malaysia.

Pada tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran untuk memajukan sebuah
kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang berlaku empat tahun selepas itu.

Pada tahun 1998, dua orang rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan niaga

Ketua Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mereka berkemungkinan besar dapat mempercepatkan kelulusan permohonan Stamford. Dua orang lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib. Pertemuan mereka diadakan di Singapura.

Salah satu syarat utama adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana Stamford akan mengekalkan saham sebanyak 70% dalam syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan menyalurkan RM1,800,000 (lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam Kompeni usahasama itu untuk mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar jumlah keluasan tanahnya.

Pada lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada kawasan perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta merta.

Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994, kumpulan Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik kepada RM 83.2 juta (4622%)

Ambil alih

Pada tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat tawaran untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat Stamford di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70% kelebihan dalam ekuiti.

Apabila Stamford meminta agar mereka mengekalkan syarat pegangan 70% dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary- Taib- Yassin membayar RM 70 000 untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak 30%, salah seorang daripada rakan Muhyiddin ini memberi amaran kepada pengarah Stamford bahawa dokumen pemilikan berada di atas meja MB dan boleh ditandatangai pada bila-bila masa sahaja. Stamford tidak bersetuju.

Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford semula dan memberitahu mereka, “Saya ada

dokumen berkaitan di atas meja saya. Apa yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan Stamford Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi. Sekarang, adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya mengambil 70%? Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.

Minggu yang berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan negeri Johor yang ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa kerajaan sudah mengambil alih tanah itu.


Konspirasi

Pada bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya memperolehi tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dibawah Akta Pengambilan Tanah.

Stamford Holdings melalui pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala

Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa bahawa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah Akta Pengambilan Tanah apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini kerana bersubahat mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.

Dalam saman itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah menyalahgunakan beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600 ekar tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor melalui anak syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.

Stamford Holdings juga menamakan kerajaan negeri Johor sebagai defendan dalam saman itu, mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan niaganya bersubahat menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah itu. Stamford Holdings mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak mempunyai hak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk memiliki tanah itu.

Ia juga telah mendakwa bahawa syed Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk mendapatkan tanah itu. Dalam saman itu, Stamford Holdings berusaha untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara pemilikan tanah telah dibuat dengan niat jahat dan ia tidak sah.

Dua mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.

Semuanya tidak benar


Pada 24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya. Ini bernilai RM36,670 per ekar.

Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membatalkan saman Stamford Holdings dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.

Pada 14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah. Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10 (lebih kurang RM48,000 per ekar).

Pada 12 November 1996, lebihan jumlah RM63,565,982.20 juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Kelana Ventures Sdn Bhd.

Pada masa kes ini didengar di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat liputan yang komprehensif terhadap kes ini, dengan memetik semula setiap perkataan dalam perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford. Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan semua dakwaan yang dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,

“Tiada satupun kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya” tetapi gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ini telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai rakaman perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi penghalang untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Penyelesaian diluar mahkamah

Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil itu diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.

Pada 10 Jun 1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada defendan untuk menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi Mahkamah Tinggi Johor diberhentikan.

Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah Persekutuan, kesemua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar mahkamah dan Perintah Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu. Hakim Zainun Ali merekodkan perintah setelah peguam kepada syarikat serta defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah terakhir iaitu RM 405 juta sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah oleh kerajaan negeri mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62 000 per ekar).

Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford Holdings tetapi membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan pembayaran. Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan terhadap mereka. Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau Pentadbir Tanah untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah dalam tempoh 3 bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan tanah freehold ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.

Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin


Dalam pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk menyerahkan geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan daripada Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana Ventures.

Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.

Tiada tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Oleh : Mailbeg

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/12/stamford-holdings-sdn-bhd.html

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...