27 Ogos 2012

Malang!!! Hishammuddin " Fokus Memerangi Jenayah Tidak Perlu "


Statistik jenayah palsu: Menteri terus membisu

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Ini adalah hari ke lima kabinet masih membisu terhadap pendedahan seorang pegawai polis yang mendedahkan wujudnya manipulasi statistik jenayah yang sengaja dilakukan secara bersistematik dan ia menimbulkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif.


Menggesa agar kerajaan memberi respon segera dan menjelaskan perkara sebenar, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata mungkin sekarang permulaan bagi rakyat Malaysia memahami mengapa Najib mengetengahkan tema “Malaysia yang selamat” dalam mesej Hari Rayanya minggu lepas.

“Dalam mesej Hari Raya beliau, Perdana Menteri telah berikrar untuk Malaysia yang selamat dengan memberi jaminan kesemua agensi yang bertanggungjawab akan lebih efektif menangani jenayah dan meningkatkan keselamatan negara.

Walaubagaimanapun jelas Kit Siang, kenyataan ini telah menyebabkan dua persoalan utama bermain difikiran rakyat.

“Perlukah beliau berikrar sebegitu rupa setelah 55 tahun mentadbir negara? Lainlah kalau Malaysia tidak lagi menjadi sebuah negara yang selamat samada buat rakyatnya, para pelabur dan pelancong.

“Ucapan bertemakan keselamatan negara Najib agak menghairankan apabila kerajaan mewar-warkan kejayaan hebat dalam Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan NKRA dalam mengurangkan kadar jenayah walaupun rakyat berasa tidak begitu selamat di tempat awam maupun dirumah
.

Adakah najib sedar mengenai statistik jenayah yang dipalsukan dalam laporan GTP-NKRA soal ahli Parlimen Ipoh Timor itu lagi.

“Status ‘tiada komen’ daripada Menteri Dalam Negeri Hishammuddin dan menteri-menteri GTP-NKRA

Datuk Idris Jala dan Tan Sri Koh Tsu Koon dalam dakwaan serius berhubung statistik jenayah palsu tersebut memberikan gambaran yang buruk kepada kerajaan menjelang sambutan kemerdekaan ke-55.” ujar beliau.

Katanya, pendedahan pegawai polis tersebut berhubung manipulasi statistik jenayah adalah untuk memberi satu gambaran palsu bahawa kadar jenayah telah menurun secara drastik tetapi keadaan sebenarnya adalah sebaliknya.

“Pegawai Polis ini telah memberikan penjelasan yang baik bagaimana statistik jenayah ini dimanipulasikan untuk mengelirukan rakyat Malaysia mengenai kejayaan GTP dan NKRA dalam memerangi jenayah.”

Menurut Kit Siang, sekitar sepuluh hari yang lalu Hishammuddin telah membuat pengakuan yang memeranjatkan bahawa fokus untuk memerangi jenayah “tidak dianggap sebagai sesuatu yang perlu” bagi kerajaan.


“Ini merupakan pengakuan cuai dalam tugas Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Dengan tindakan Hishammuddin yang terus berdiam diri berhubung dakwaan tersebut, beliau telah membuktikan pengumuman beliau baru-baru ini untuk menjadikan usaha memerangi jenayah satu “keutamaan” kerajaan adalah palsu. ” ujarnya.

Beberapa hari lalu, pendedahan yang dibuat oleh pegawai polis yang menggelar dirinya “Sumun Osram” telah memberikan kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pendedahannya, beliau berkata bahawa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks dengan cara ketika laporan polis dibuat dimana klasifikasi jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai ‘bukan-indeks’ bagi tujuan perangkaan dan ia seterusnya mengurangkan jumlah jenayah indeks.


Justeru ujarnya, mungkin inilah jawapan kepada misteri tiga tahun mengapa rakyat Malaysia dibelenggu perasaan takut dan tidak selamat terhadap peningkatan kadar jenayah sedangkan kenyataan rasmi melaporkan perkara yang sebaliknya.



“Sekiranya dakwaan pegawai polis berhubung manipulasi statistik jenayah adalah benar, ini bererti pihak polis mesti diberi kebenaran untuk mendedahkan statistik jenayah yang tepat dan jujur berbanding dengan beberapa tahun yang lepas.

“Ia tidak lain demi mengukuhkan keyakinan orang awam terhadap pihak polis sebagai satu badan yang profesional, berintegriti dan bebas.” ujar Kit Siang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...