01 September 2012

Kantoi ! Tweet #Merdeka55 gunakan penghantar SPAM, kata Firma kajian Twitter Politweet.org - Rais Yatim wajar letak Jawatan



Firma kajian: Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot- Lapuran Malaysiakini


Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Gambar dari Politweet.org


Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.



Lapuran Berkaitan:

3.6 juta Tweet ditujukan kepada PM sempena 55 tahun Merdeka



KUALA LUMPUR – Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang dtujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...