29 Ogos 2012

Panas !! Sah Nasharudin MP Bachok Tidak Dicalonkan PRU13

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Tarikh 9 September ini menjadi titik tolak kepada masa depan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam parti itu.

Sekiranya dilucutkan keanggotaan parti, ini bermakna Nasharudin harus mencari arah politik yang baru.Sementara ramai berpandangan bahawa beliau akan kekal dalam parti, adakah Nasharudin akan terus bersinar sebagai Ahli Parlimen Bachok.

Malah di peringkat akar umbi, masa depan Nasharudin semakin 'terhakis' kerana Pas kawasan Bachok dikatakan tidak menamakan beliau sebagai calon untuk diangkat bertanding mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Mengulas itu perkara tersebut, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau mendapat maklumat nama Nasharudin tidak diangkat sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

“Saya difahamkan namanya (Nasharudin) tidak disebut-sebut oleh Pas cawangan Bachok bagi menjadi calon PRU13 kelak, tetapi saya tidak pasti (perkara) selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Mesra Aidilfitri di sini, semalam.




Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, Pas negeri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kelangsungan kepimpinan Nasharudin di Bachok.

“Kita terserah kepada pengundi di Bachok untuk memilih dia (Nasha) ataupun tidak. Mereka yang sebenarnya berkuasa ‘mencalonkannya’ dan kemudiannya Pas negeri membuat penilaian. Sekarang ini saya tidak pasti keperluan masyarakat Bachok ini terhadap kepimpinan dia,” katanya.

Pada PRU12, Nasharudin menewaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin dengan majoriti 2,896 undi.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, Hasan Mahmod ketika ditanya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada Pas negeri untuk membuat keputusan.

“Memandangkan isu ini agak kontroversi, cukup Mohd Amar sahaja yang memberi kenyataan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaari berkata, pemimpin peringkat akar umbi menyerahkan nasib Nasharudin kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa depan politiknya.

“Pas sudah berpengalaman menangani pelbagai isu yang lebih besar dari isu Nasharudin, oleh itu saya percaya isu ini akan reda dan selesai apabila sampai masanya,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...