02 Mei 2015

LAGI KEJUTAN DI PRK PERMATANG PAUH


Bekas timbalan menteri sertai kempen PKR di Permatang Pauh



Penampilan bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyokong kempen PKR di Permatang Pauh merupakan kali kedua beliau melakukan demikian selepas pilihan raya kecil Kajang tahun lepas.

Bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar sekali lagi berkempen untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh, tidak lama selepas melakukan perkara sama semasa presiden PKR itu bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tahun lalu.

Bekas ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal itu masih mempunyai pengaruh kuat terutamanya di kalangan Melayu selepas dipecat Umno semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu kerana bertanding sebagai calon bebas.

"Kak Wan (Dr Wan Azizah) adalah calon yang amat prihatin.


"Saya harap tuan-tuan dan puan-puan pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh akan guna hak ini untuk undi Kak Wan, calon nombor 3 (atas kertas undi) pada 7 Mei ini," kata Shariff yang pernah menyandang jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang pada 90-an, semasa ceramah di tapak ekspo Seberang Jaya malam tadi yang dihadiri kurang daripada 300 orang.




Sementara itu, aktivis mahasiswa Fahmi Zainol (gambar, kanan) mengggunakan pentas ceramah semalam menegaskan sekali lagi yang beliau tidak pernah berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin.

Menurutnya, beliau sebelum ini cuma meninjau kempen BN di Kampung Tok Elong, Permatang Pauh sebelum bergambar dengan Suhaimi.

"Saya nak jelaskan saya tak pernah berkempen untuk calon BN malah saya berkempen untuk Kak Wan hari ini," katanya.

Fahmi digantung dua semester dan didenda RM600 pada Disember 2014 oleh Universiti Malaya kerana menganjurkan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kawasan kampus tanpa kebenaran.

Ceramah yang dianjurkan semalam itu dihadiri oleh kurang daripada 300 orang.

PRK Permatang Pauh pada 7 Mei akan datang diadakan selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

MAJLIS PENERANGAN TUN M DI USM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN?




Tun M di USM ... sambutan begini buktikan ramai yg ingin tahu perkara yg mereka patut tahu.....!!
Hebat sungguh aura bekas perdana menteri Malaysia yang ke 4 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.....pelbagai lapisan masyarakat daripada berbilang kaum memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra, USM





01 Mei 2015

PRK P44 : KEJUTAN DARI KEM UMNO PERMATANG PAUH

Pautan kekal imej terbenam

Umno cawangan Guar Jering Jaya umum bubar di bilik gerakan PKR


Umno cawangan Guar Jering Jaya, yang dikatakan tempat asal calon Barisan Nasional PRK Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, dibubarkan, pagi ini. 

Seorang individu yang mendakwa dirinya ketua Umno cawangan Guar Jering Jaya mengumumkan pembubaran cawangan itu pada sidang media di bilik gerakan PKR Permatang Pauh, pagi ini.


Asri Ahmad, 44, yang mengaku menjadi ahli Umno selama lebih 30 tahun berkata, cawangan yang ditubuhkan pada 2006 dengan 68 orang ahli itu dibubarkan kerana diabaikan kepimpinan tertinggi Umno.

"Kami diabaikan selama bertahun-tahun. Kami tidak dapat peruntukan dan mesyuarat cawangan kami juga dibatalkan tanpa sebab.

"Kami ada hantar surat kepada setiausaha agung Umno tapi sehingga kini masih belum dapat jawapan," katanya.

Beliau berkata, mereka kini sedang mempertimbangkan sama ada akan menyertai PKR atau tidak dalam masa terdekat ini.

Timbalan Ketua Pemuda PKR negeri merangkap exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata pembubaran itu satu tamparan hebat buat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin.

"Kampung Guar Jaya Jering ini tempat asal Suhaimi. Kalau orang kampung dia pun dia tak jaga, bagaimana dia mahu jaga Permatang Pauh.

"Di kampung dia sendiri dia gagal jaga kebajikan orang kampung dia. Kita minta dia berhenti kempen sajalah," kata ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya itu.

Katanya, Asri selepas ini akan membantu menubuhkan bilik gerakan di Guar Jering Jaya bagi membantu kempen PKR.

Sementara itu, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Othman dalam reaksi segera berkata, permohonan untuk membubarkan cawangan itu diterima Umno negeri sejak tahun lepas lagi.

Namun, beliau perlu menyemak status permohonan tersebut dan mereka yang didapati berkempen untuk PKR sewaktu masih lagi memegang keahlian Umno akan dipecat daripada parti.

PEMUDA UMNO KANTOI MULA SALAHKAN KP KASTAM...MANA MAT MASLAN...MANA....


Pemuda UMNO kutuk KP Kastam

Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.
pemuda-umno-kastam

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.

Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.

Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.

“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.
Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.

GST : MP LANGKAWI BOLEH GANTI AHMAD MASLAN?


Selamat Hari Lahir Ahmad Maslan…

Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau diberi kekuatan untuk menerangkan kebaikan GST selain ucapan berbaur kutukan.




PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 pada 30 April (Khamis).

Ahli Parlimen Pontian itu lahir di Benut, Pontian, Johor, pada 30 April 1966.

Sempena ulang tahun kelahiran Ahmad Maslan, FMT memberikan serba sedikit latar belakang beliau berdasarkan carian di internet.

Bapa beliau, Haji Maslan (arwah) dan ibunya, Hajah Aminah adalah penoreh getah yang miskin dan tinggal di kampung yang tiada kemudahan elektrik, bekalan air paip, tiada jalan raya, kemudahan telefon sehingga 1996.

Ahmad Maslan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat (1973-1978) dan pernah menerima Anugerah Tokoh Murid.

Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (asrama penuh) pada 1979-1983 dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Beliau menyambung pelajaran ke luar negara di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan Victoria University, New Zealand dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik).

Ahmad Maslan menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Sarjanan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik daripada 177 pelajar.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-49, akaun Facebook Ahmad Maslan dihujani ucapan tahniah dan doa memohon beliau dimurahkan rezeki dan panjang umur.

“Selamat hari lahir Datuk Ahmad Maslan. Semoga Allah panjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin,” tulis Shahruddin Shah.

“Selamat ulang tahun buat Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, semoga terus dalam perjuangan yang murni dan dalam kesihatan, kebahagian bersama Datin Rohani dan keluarga tersayang. Respect to you Datuk, a rare and firm leadership,” tulis Zuraimi Jumaat.

Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly pula menulis, Happy birthday Datuk Ahmad Maslan, teruskan perjuangan memberi kefahaman kepada rakyat tentang GST walau 1001 rintangan mendatang.

Facebook Ahmad Maslan juga diserang dengan ucapan yang mengutuk dan mengkritik beliau berhubung kenyataan tentang kebaikan GST.

“Kalau benar Umno larang Mat Maslan, MP (Ahli Parlimen) paling layak dilantik memberi penerangan GST bantu dan sebaris dengan Ahmad Maslan dan Hasan Malek ialah MP Langkawi, Dato Ir Nawawi Ahmad. Saya tertarik dengan hujahnya pergi ke bulan kalau tak nak bayar GST. Idea ini memang genius tak terjangkau pemimpin-pemimpin besar dunia seperti Obama dan Putin, walaupun mereka mampu hantar manusia ke bulan,” tulis Musli Oli.
“Bro Datuk Ahmad Maslan ini memang bijak akademik, akan tetapi cara penyampaian beliau kurang seni. Penyampaian seperti mantan TPM Tun Ghafar Baba, beliau tidak pelajari,” tulis Musram Rakunman. ~FMT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...