22 Februari 2015

SKMM BARU NAK RUNDING DENGAN TELCO TURUNKAN CAJ, SIAM & INDO JAUH LEBIH MURAH?


SKMM Akan Berunding Dengan Telco Bagi Turunkan Caj

KEMAMAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini bagi menurunkan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna pada masa sekarang.

Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya akan menyemak kembali struktur berkenaan pembayaran perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar kerana kos pemasangan talian gentian optik sudah pun turun pada masa sekarang berikutan penurunan harga minyak dunia.

“Kita mahu melihat Malaysia menjadi sebagai sebuah negara penanda aras bagi negara Asean dari segi struktur harga dan perkhidmatan berbanding negara lain seperti Thailand dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,500 penerima Dewan Undangan Negeri Cukai di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini Sabtu.

Menurutnya jalur lebar merupakan pemangkin bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang kompetitif berbanding negara lain di dalam semua bidang.

“Oleh sebab itu kita meminta supaya satu langkah yang lebih berkesan diambil untuk memastikan perkhidmatan ini dapat dirasai oleh semua rakyat dan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar untuk melabur di negara ini,” katanya.

Ahmad Shabery juga berkata Telco di negara ini juga perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik dari segi penembusan jalur lebar yang mana pada masa sekarang pengguna mendakwa tidak mendapat perkhidmatan yang terbaik dari segi kualiti berbanding bayaran yang dikenakan terhadap mereka.

Justeru, katanya beliau akan meminta SKMM supaya membuat senarai perbandingan Telco di negara ini dari segi perkhidmatan yang diberikan oleh setiap pembekal perkhidmatan supaya pengguna dapat menilai dan memilih perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi di negara ini. – BERNAMA

21 Februari 2015

' IBU SEGALA SKANDAL ' 1MDB DAN PSI ( Petrosaudi International Limited ) TERDEDAH?


1MDB dan Petrosaudi ‘kongkalikong’ untung mudah RM2.5 bilion untuk syarikat asing?


KUALA LUMPUR, 21 FEB – ‘Ibu segala skandal’, 1Malaysia Development Berhad terus menimbulkan tanda tanya baru apabila satu lagi skandalnya didedahkan, kali ini melibatkan Petrosaudi International Limited (PSI).

Terbaru, Sarawak Report mendedahkan wujud usaha antara 1MDB dan Petrosaudi untuk mendapatkan keuntungan mudah daripada dana 1MDB tanpa modal satu sen pun, yang disifatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua sebagai sebuah penipuan yang licik.

Tony dalam kenyataannya hari ini bertanya kenapa 1MDB melabur US$1 bilion dalam sebuah usahasama yang membolehkan rakan seusahanya mengaut untung atas angin sebanyak US$ 700 juta (RM2.5 bilion) daripada dana yang disuntik oleh 1MDB.

Lebih menarik lagi, dana tersebut dikumpul daripada pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Pada 18 September 2009, PSI menubuhkan anak syarikat diberi nama 1MDB Petrosaudi Limited dan seminggu kemudian menandatangani perjanjian bahawa anak syarikat tersebut berhutang US$700 juta dengan PSI.

Pada 29 September 2009, 1MDB membeli 40% saham 1MDB Petrosaudi Limited dengan suntikan US$1 bilion. Keesokan harinya, anak syarikat tersebut membayar keseluruhan ‘hutang’ US700 jutanya kepada PSI.

“Walaupun 1MDB Petrosaudi Limited ibarat sebuah bekas kosong, PSI telah membuat sebuah dokumen pinjaman yang menjadikan 1MDB Petrosaudi Limited sebuah syarikat dengan keterhutangan US700 juta.

“Dengan keadaan syarikat tersebut berhutang US$700 juta, 1MDB pula bersetuju melabur US$1 bilion (RM3.5 bilion).

“Sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, malah mungkin sebelum dakwatnya kering, 1MDB Petrosaudi Limited membayar penuh hutang-hutangnya dengan dana yang diterima daripada 1MDB,” jelas Tony.

Menurut Setiausaha Publisiti DAP itu, perjanjian ini bermakna Petrosaudi International Limited dengan mudah mendapat tunai US$700 juta untuk kegunaan sendiri, tanpa perlu mengeluarkan modal.

Tony turut mendakwa transaksi yang begitu aneh ini menunjukkan wujud ‘kongkalikong’ antara PSI dan 1MDB untuk mengaut dana besar tersebut.

Usahasama 1MDB dan Petrosaudi merupakan pelaburan pertama yang dibuat oleh 1MDB, yang kini menanggung hutang berjumlah RM42 bilion setakat tahun 2014, yang dilaporkan masih belum mampu dilunaskan.

“Ia lubang pertama yang dikorek, dan disusuli lubang-lubang lain yang dikorek untuk menutup lubang-lubang terdahulu,” ujar Tony.
~ SUMBER

20 Februari 2015

PANAS: SIRUL BUKA MULUT ISNIN INI

Mahfuz cadang ada PC bersama Sirul Isnin ini

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama bekas anggota polis Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.

Sirul didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Antantuya Shaaribuu.

MP Pokok Sena itu berkata sidang media akan berlangsung selama 15 minit bermula jam 11.30 pagi di ibu pejabat parti itu dengan menggunakan pembesar suara dan media dijemput menghadirinya.


"Saya akan buat satu lagi sidang media berkenaan Sirul. Sirul juga telah bersetuju untuk saya menelefon (guna loudspeaker) dan telesidang dengan Sirul dan semua pihak media di sini. Hari Isnin 23 Februari 11.30 pagi.

"Beliau sedia dan bersetuju untuk semua media kerana katanya tidak adil untuk satu dua media yang menghubungi beliau. Saya akan atur dan dia setuju," katanya dalam sidang medianya hari ini.


Sementara itu, Mahfuz turut menyindir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai "demam dan perlu berjumpa doktor" selepas mempersoal mengapa Sirul "baru membuka mulut sekarang" berhubung kes tersebut.

Pada Rabu lalu, Khalid berkata pihaknya belum merancangmembuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya sehingga Sirul yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.

“Dia tak boleh respon begitu bila Sirul mengemukakan dakwaan sedemikian rupa, kenapa dulu tak bagi tahu? Eh, itu proses perbicaraan takkan kamu tak ikuti itu proses perbicaraan,” katanya yang kemudiannya diiringi ketawa kecil. ~Malaysiakini





Reman Batal, Arul Dibebaskan Petang Ini


Reman Batal, Arul Dibebaskan Petang Ini


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan yang ditahan polis semalam akan dibebaskan sebelum jam 7 petang ini.

Ia susulan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menarik balik arahan reman terhadap Arutchelvan, atau lebih dikenali sebagai Arul, dan dijangka dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Arutchelvan ditahan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung satu kenyataan dikeluarkannya di internet yang didakwa berbaur hasutan berkaitan keputusan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 Februari lalu.

Arul diwakili barisan peguam terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Datuk Ambiga Sreenivasan, Latheefa Koya and New Sin Yew.

KISAH PROTON EXORA TERBAKAR YANG VIRAL , INI JAWAPAN DARI PROTON

Proton ambil berat isu Exora terbakar


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (Proton) memandang berat pengedaran gambar-gambar sebuah Proton Exora di media sosial yang terbakar di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) pada 17 Februari lepas.

"Kenyataan di media sosial mendakwa bahawa kebakaran Exora tersebut adalah berpunca daripada peningkatan suhu akibat terlebih isi bahan api, manakala ada yang menghebahkan bahawa kemalangan tersebut disebabkan tangki minyak yang bocor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Proton sedang melakukan siasatan terperinci dan telah menghubungi pemilik kenderaan itu untuk memastikan kesejahteraan beliau dan keluarganya serta bagi mendapatkan maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.

"Kami sedang mengambil langkah-langkah yang perlu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi," katanya.

Pembuat kereta nasional itu memberitahu, ia tidak berkompromi dengan mana-mana isu kualiti yang akan menyebabkan enjin atau keretanya mengalami masalah.

Proton Exora merupakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara, dengan lebih daripada 140,000 unit terjual di seluruh dunia. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...