14 Februari 2015

MENTERI WANITA INDONESIA TENGGELAMKAN KAPAL MALAYSIA & THAILAND - [ BUKTI VIDEO & GAMBAR]


Menteri Susi tengelamkan Kapal Ikan Asing di Perairan Batam

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Menteri Kelautan dan Perikanan RI kembali menenggelamkan kapal ikan milik Thailand yang ketangkap tangan telah melakukan pencurian ikan di Perairan Indonesia, khususnya di perairan Kepulauan Riau, Senin (9/2/2015).

Lemas itu dilakukan di Perairan Dempo Batam Kepulauan Riau dan dimpingi langsung oleh Panglima Armabar.

Dalam kegiatan ini sekurang-kurangnya empat kapal diturunkan, diantaranya tiga kapal TNI Angkatan Laut yang masing-masing KRI Halasan dari unit kapal cepat rudal, KRI Barakuda dari unit kapal cepat peluru berpandu dan juga KRI Ciptadi dari unit kapal eksorta.

Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti mengaku penenggalam kapal asing ini sebagai bukti bahawa Indonesia serius menindak setiap pihak luar yang sengaja melakukan kecurian hasil kekayaan perairan Indonesia.

"Indonesia negara berdaulat, jadi tidak didarat saja berdaulat, dilaut pun Indonesia tetap berdaulat demi menjaga kekayaan laut di Indonesia," tegas Susi Pudjiastuti.

Wartawan Tribun Batam, HADI MAULANA,


Kapal Nelayan Malaysia Ilegal Ditenggelamkan



PrevNext


Kapal nelayan asing ditenggelamkan di wilayah Laut Belawan, Medan, Sumatera Utara, Kamis (8/1/2015). Kapal ikan milik nelayan asal Malaysia yang ditangkap Polisi Air ketika sedang mencuri ikan ditenggelamkan dengan cara diledakkan oleh Kepolisian Daerah Sumatera Utara.

CUACA PANAS DAN KERING BERTERUSAN SEHINGGA HUJUNG MAC

Cuaca Panas, Kering Dijangka Berakhir Penghujung Mac


KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang dialami sekarang di kebanyakan kawasan terutama di utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dijangka berakhir pada penghujung Mac.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ia sejajar dengan bermulanya musim peralihan menjelang hujung bulan depan yang akan membawa lebih banyak hujan.

Ia menjelaskan negara pada masa ini berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering.

PM TURKI BELASAH OBAMA TEPAT KE MUKA


Perdana Menteri Turki ‘Belasah’ Obama Tepat Ke Muka


Tayyip Erdogan sewaktu lawatanya di Mexico.

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdagon mengkritik sikap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dilihat hanya ‘kunci mulut’ berikutan kes pembunuhan tiga pelajar Muslim ditembak kelmarin di Chapel Hill.

Beliau menggesa Obama untuk menunjukkan kedudukannya sebagai Presiden atas kejadian tembakan yang telah mengorbankan tiga pelajar Islam.


“Ketiga-tiga pelajar Islam itu telah dibunuh di North Carolina dan Presiden Obama, Setiausaha Negara John Kerry dan Naib Presiden Joe Biden tidak membuat sebarang kenyataan mengenainya.

“Jika anda cuba mendiamkan diri apabila berhadapan dengan kejadian seperti ini dan tidak membuat kenyataan, ia seperti pihak anda cuba menutupi kesalah yang terang-terangan berat sebelah,” kata Erdogan semasa lawatan ke Mexico.


Ratusan penduduk Muslim menziarahi pusara tiga pelajar Muslim yang ditembak di Utara Carolina, semalam.

“Sebagai ahli politik, kita bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku di negara dan kita perlu menunjukkan kedudukan kita dalam situasi begini,” kata beliau sewaktu bersama Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto di Istana Negara Mexico City.

Perkara ini dilihat Erdagon seperti Obama dan beberapa pihak atasanya seolang-olah memihak kepada suspek .

Sementara itu, White House pada Rabu kelmarin mengatakan kes tersebut harus disiasat oleh pihak Polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Perkara tersebut membuatkan hubungan pihak Turki dan AS bertambah tegang.

Pembunuhan tiga pelajar Islam itu di bandar Universiti North Carolina di Chapel Hill telah mencetuskan kritikan di dunia Arab tentang pilih kasih media Amerika dalam membuat liputan tentang serangan itu.

13 Februari 2015

TIGA MUSUH UTAMA NAJIB, ANWAR, MAHATHIR & GST - DEDAH AKHBAR THE EDGE REVIEW

Anwar di penjara, laluan mudah serangan terhadap Najib, tulis Edge Review


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berkemungkinan terdedah kepada serangan dalaman yang mungkin tidak disedarinya selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi pesaing utama. 

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan pertuduhan liwat dan hukuman lima tahun penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim "perjudian besar " yang boleh menjadi “senjata makan tuan” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor The Edge Review dalam edisi terbarunya.

Dengan terkeluarnya pemimpin pembangkang itu daripada laluan, pengkritik Najib dari dalam parti pemerintah beliau berkemungkinan menghalakan serangan kepadanya dan ia akan menjadi lebih dahsyat, kata majalah mingguan digital itu.

Kritikan terhadap Najib nampaknya "semakin hangat", ia berkata, walaupun pada hakikatnya penyokong perdana menteri percaya memenjarakan Anwar akan memperkukuhkan kedudukan Najib dalam Umno, dengan menggambarkan beliau sebagai "pemimpin yang tegas".

Dalam artikel "The Najib Dilemma”, The Edge Review berkata penyokong perdana menteri percaya pemenjaraan Anwar boleh membawa kepada kemusnahan gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR), di samping meningkatkan prestij Najib dalam Umno.

Mereka bersependapat dalam hal ini berasa PR sudah berada dalam keadaan lemah berikutan pergaduhan terbuka antara PAS dan dua rakan kongsinya, PKR dan DAP, berhubung isu kaum dan agama. Penahanan Anwar akan menjadi pencetus kepada perpecahan pakatan pembangkang.

Tetapi The Edge Review berkata penahanan ketua umum PKR itu boleh memberi Najib "masalah baru" dalam bentuk serangan lebih ganas terhadapnya daripada pengkritik di dalam Umno.

"Najib, yang sedang bergelut dengan prestasi terburuk sejak memegang tampuk kuasa pada bulan April 2009, mungkin memberikan kelebihan tidak disengajakan kepada pesaingnya, yang diketuai bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, kelebihan dalam kempen secara terbuka untuk menyingkirkannya," lapornya lagi.

Memetik pendapat Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre, majalah digital itu berkata dengan Anwar di penjara, yang "perhatian dalam Umno kini tertumpu pada Najib", yang juga presiden parti.

Sebagaimana diketahui, Dr Mahathir memperbaharui serangannya terhadap Najib, hanya dua hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penyabitan dan lima tahun hukuman penjara kepada Anwar.

Dr Mahathir berkata dalam satu forum di Kuala Lumpur pada Khamis yang merujuk kepada Najib, "jika anda tidak menunjukkan prestasi yang baik dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan."

Juga minggu ini, Najib dan keluarga didedahkan dalam New York Times berkenaan kekayaan mereka, termasuk pemilikan multi-jutaan dolar rumah di Amerika Syarikat.

The Edge Review juga memetik kata-kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang mengatakan "Mahathir dan orang-orangnya kini boleh menumpukan serangan kepada Najib".

Walaupun Najib mungkin kelihatan kukuh dalam Umno dan kekurangan mekanisme untuk menggulingkannya, kritikan yang berterusan untuk beberapa waktu terutama hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mungkin menjadi lebih buruk jika perdana menteri gagal menangani kebimbangan ekonomi.

Ini termasuk hutang negara yang tinggi dan juga pendapatan hasil minyak dan gas yang menurun, yang mana Malaysia adalah pengeksport bersih.

Kritikan ini sedang berjalan tetapi ujian sebenar untuk survival Najib mungkin adalah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bulan April.

Jika menghantar Anwar ke penjara menjadi suatu perjudian yang boleh menjadi “senjata makan tuan” kepada Najib, GST boleh menjadi serangan balasan yang tidak dijangka, terutama daripada kalangan golongan miskin luar bandar, kata laporan itu.

~SUMBER

Anwar mohon penjara benarkan ke pengebumian Nik Aziz, Tapi tiada Jawapan lagi?


Pautan kekal imej terbenam

Anwar mohon penjara benarkan ke pengebumian Nik Aziz



Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuba untuk mendapatkan kebenaran bagi beliau untuk menghadiri majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Kota Baru, Kelantan hari ini, kata Peguam PKR Latheefa Koya.

Latheefa berkata, setakat ini pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh – tempat Anwar ditahan sejak Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 masih belum memberikan sebarang jawapan.

"Kami masih menunggu jawapan daripada pihak penjara," kata Latheefa kepada The Malaysian Insider.

"Sewaktu dipenjarakan kali pertama dulu, penjara pernah benarkan Anwar keluar untuk menghadiri pengebumian ibunya dan perkahwinan Nurul Izzah."

Nik Aziz meninggal dunia di rumahnya pada pukul 9.45 malam tadi di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Latheefa memberitahu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dibenarkan melawat suaminya buat pertama kali sejak Selasa lalu pada pukul 2.00 petang hari ini.

"Jika penjara tidak benarkan Anwar ke Kota Baru, isterinya juga mungkin tidak dapat menghadiri ke pengebumian Nik Aziz hari ini kerana waktu yang singkat sebelum lawatan pertamanya," kata Latheefa yang bertemu dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh semalam bersama beberapa peguam lain.

Nik Aziz meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Pulau Melaka, di Kota Baru, pada pukul 9.40 malam tadi.

Selain Anwar, mursyidul am PAS itu turut dilihat sebagai tokoh yang mampu menyatukan Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong memberitahu The Malaysian Insider, Nik Aziz menyelamatkan PR apabila berjaya menghalang cubaan membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, kini juga tiba masanya untuk parti pembangkang itu kembali sehaluan.

"Nik Aziz merupakan lelaki yang bijak. Jelas dalam tindakannya. Beliau menyelamatkan Pakatan pada 2008 selepas terdapat cubaan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

"Ini minggu yang amat menyedihkan untuk Pakatan dan ada keperluan untuk bertindak sehaluan," katanya, ketika ditemui The Malaysian Insider selepas sebuah forum di Petaling Jaya lewat malam tadi.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun selepas gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas yang mensabitkannya bersalah kerana meliwat Saiful.

~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...