13 November 2014

JAM TANGAN YANG BERNILAI RM80 JUTA APA KELEBIHANNYA....

Jam RM71 juta

Geneva: Jam Henry Graves Supercomplication semalam dijual dalam bidaan dengan harga menakjubkan- £13.4 juta (RM71 juta).

Hasil rekaan Patek Philippe itu adalah jam tangan buatan tangan paling kompleks pernah dicipta dengan anggaran harga £10 juta (RM52 juta).

Pengumpul jam tangan mewah berebut-rebut membida untuk memiliki jam tangan berkenaan selepas tawaran awal sebanyak £5.85 juta dibuat.

Keadaan juga menjadi tegang apabila harga dibida meningkat kepada £11.7 juta (RM62 juta) sebelum akhirnya dijual pada harga RM71 juta-rekod dunia baru bagi Sotheby's diiringi tepukan gemuruh semua orang.

Jika termasuk dengan kos bidaan, pembelinya yang hanya dikenal pasti sebagai 'lelaki bertali leher merah' membayar keseluruhan £15.1 juta (RM80 juta).



JAM yang memecahkan rekod Sotheby’s.

12 November 2014

AHMAD MASLAN DIARAH SERAH DOKUMEN 1MDB KEPADA PARLIMEN


Ahmad Maslan diarah serah dokumen 1MDB



KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan supaya mengemukakan semua dokumen berhubung surat sokongan kerajaan kepada pemegang bon melibatkan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah AS$3 bilion kepada Parlimen.

Dokumen-dokumen itu diperlukan bagi menentukan sama ada Ahmad telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu itu seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

“Saya boleh menolak isu ini dengan memutuskan bahawa timbalan menteri tidak ada niat untuk mengelirukan Parlimen. Saya boleh buat keputusan sekarang, tetapi ia mungkin tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu,” kata Pandikar ketika persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.


Selain itu, Pandikar turut memberi jaminan kepada Rafizi bahawa beliau akan membuat keputusan berhubung perkara berkenaan secepat mungkin.

Terdahulu, Rafizi cuba mengheret Ahmad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung kenyataannya bahawa 1MDB tidak menerima surat sokongan untuk bon berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad menerusi kenyataannya menjelaskan bahawa surat sokongan dikeluarkan kerajaan kepada pemegang bon melibatkan hutang 1MDB berjumlah AS$3 bilion sama sekali bukan jaminan kerajaan, lapor mStar.



Dedah berapa surat sokongan kerajaan untuk 1MDB – Rafizi

KUALA LUMPUR 12 NOV: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menuntut kerajaan mendedahkan bilangan surat sokongan yang digunakan oleh kerajaan untuk menjamin hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, surat sokongan berkenaan perlu didedahkan supaya nilai sebenar hutang kerajaan dapat diketahui.

“Surat sokongan ini akan memberikan gambaran sebenar terhadap jumlah hutang negara selain digunakan untuk menyembunyikan nilai hutang negara itu sendiri.

“Jika sekarang kita rasa hutang negara sudah tinggi tetapi sebenarnya ia jauh lebih tinggi kerana Najib telah menggunakan surat-surat sokongan untuk menyembunyikan hutang-hutang negara,” kata Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Selain itu, katanya, nilai liabiliti atau jumlah hutang kerajaan akan meningkat sekiranya terdapat agensi atau syarikat yang dijamin secara langsung mahupun tidak langsung gagal membayar hutang mereka.

Beliau membidas alasan kerajaan yang menyatakan surat sokongan untuk menjamin hutang RM9.6 bilion 1MDB seperti yang didedahkannya kelmarin tidak dikira sebagai kontigen liabiliti.

Tambahnya, surat sokongan ini begitu penting kerana perlu diketahui umum sama ada ia turut dikeluarkan kepada mana-mana syarikat lain seperti Khazanah Nasional dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
.

KEJADIAN KEEMPAT PUTING BELIUNG LANDA KEDAH HARI INI - SAKSIKAN VIDEO & GAMBAR SEKITARNYA




4 kali puting beliung landa Kedah, penduduk trauma

ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 20 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat sini rosak akibat dilanda puting beliung petang Rabu.

Kejadian kira-kira 2.45 petang itu turut melibatkan sebuah kandang kambing.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohamad Yunus Abu berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu kira-kira 3 petang dan menggerakkan anggota ke tempat kejadian.

"Kami dapati lima buah rumah rosak teruk. Tiada penduduk yang mengalami kecederaan. Cuma ada beberapa penduduk yang trauma dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian Rabu.

Katanya akibat kejadian itu sebuah kereta jenis Proton Wira tersangkut pada sebatang pokok mangga pada ketinggian satu meter akibat diterbangkan pusaran angin itu.

Puting Beliung di Kawasan Kangkong

Kejadian puting beliung berlaku pada jam 3 petang tadi sekitar Kuala Sala, Kota Sarang Semut, Kedah menjadikan ia kejadian keempat berlaku di negeri tersebut.

Dilaporkan bencana alam berkenaan telah menyebabkan beberapa rumah rosak dan pokok tumbang.Beberapa orang ramai mula memuatnaik foto kejadian tersebut di media sosial.












Pada 2 November lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk.

Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah.



Ribut dan puting beliung di Kuala Sala, Kedah sebentar tadi




GAMBAR PERGADUHAN WARGA NEPAL SAMPAI POTONG KEPALA, BUDAYA APA YANG MEREKA BAWA...??? [ ANDA JANGAN LIHAT JIKA TIADA KETAHANAN MENTAL GAMBAR YANG MENGERIKAN]


4 FOTO RAKAMAN GAMBAR NGERI DIKATAKAN SUATU PERGADUHAN YANG MELIBATKAN WARGA NEPAL DI PASAR PERMATANG PAUH PAGI INI?????





Sampai putus kepala!!! .. Masih mennggu pengesahan dari pihak berkuasa.

SUMBER -OMAK KAU




BERITA WARGA2  ASING YANG DIBUNUH.....ADAKAH MALAYSIA DIJADIKAN PADANG PEMBUNUHAN WARGA ASING???

PUNCAK NIAGA & SYABAS KINI MILIK PENGURUSAN AIR SELANGOR, INI KERJA SIAPA....

Puncak Niaga, Syabas kini milik Pengurusan Air Selangor



Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd kini menjadi pemilik baharu kepada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) susulan pemeteraian penjanjian jual beli saham antara Pengurusan Air Selangor dengan Puncak Niaga Holdings Bhd.

Puncak Niaga Holdings Bhd adalah pemegang 100% saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan memegang 70% saham dalam Syabas.

Pemeteraian perjanjian tersebut merupakan titik permulaan kepada pelaksanaan Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 September lepas antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Bhd dan Pengurusan Air Selangor.


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili (gambar) berkata, pemilikan baru tersebut akan membolehkan langkah-langkah seterusnya diambil untuk memuktamadkan perstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Pemeteraian ini juga bermakna Pengurusan Air Selangor akan mula mengambil alih sebahagian besar daripada perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur bagi mencapai hasrat kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan sendiri industri perkhidmatan air di negeri itu," katanya hari ini.

Pada majlis itu, Pengurusan Air Selangor diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaruzaman manakala Puncak Niaga diwakili oleh Datuk Ruslan Hassan.

Sementara itu, Ongkili berkata bagi Konsortium Abass (Abass) yang dimiliki sebanyak 90.83% oleh Kumpulan Perangsang Selangor dan bakinya oleh Operasi Murni (M) Sdn Bhd, ia mempunyai empat bulan lagi untuk menyelesaikan transaksi penjualan ekuitinya kepada Pengurusan Air Selangor.

"Manakala, bagi Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) pengambilan ekuitinya dijangka dapat diselesai dalam tempoh 10 bulan," kata Ongkili.

Menteri tersebut berkata pengambilalihan itu akan melibatkan peruntukan berjumlah RM7.8 bilion berbanding RM9.65 bilion yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kerajaan persekutuan amat gembira dengan perkembangan ini yang merupakan salah satu langkah bagi menjamin kemampanan perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Semasa ditanya mengenai semakan semula tarif air selepas pengambilalihan itu, Ongkili berkata itu terserah kepada kerajaan Negeri Selangor menentukannya.

Pengurusan Air Selangor adalah syarikat perantara tujuan khas yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih semua syarikat konsesi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...