23 Disember 2013

TERKINI! HELIKOPTER NURI TERHEMPAS DI PULAU PERAK ,KEDAH



Helikopter Nuri mendarat cemas di Kedah


Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.

Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.

Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin.



Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan. Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian.



Pulau Perak merupakan subuah pulau kecil yang berdiri dari sebongkah besar batuan granit yang terletak di perairan terhujung sebelah barat Langkawi , di perairan Selat Melaka, Kedah, Malaysia.

Pulau Perak yang terletak di dalam wilayah negeri Kedah, Malaysia merupakan kawasan perlindungan marin dan hampir dengan sempadan indonesia.

TERHANGAT ! BANDAR SEKS UJUD DI MALAYSIA....HARU BIRU DAH NEH....!!!!!!!!!!!


BANDAR SEKS: DATUK BANDAR MBKS SELAR KENYATAAN AHLI PARLIMEN DAP STAMPIN




Kenyataan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan yang mengatakan Kuching sebagai ‘bandar seks’ telah diselar Datuk Bandar Majlis Bandar raya Kuching Selatan, Datuk James Chan.

James Chan mengingatkan Ahli Parlimen Stampin itu supaya menyemak fakta dengan tepat sebelum mendakwa Kuching dengan pelbagai gelaran negatif. Sebaliknya, Datuk Bandar MBKS menyifatkan Kuching merupakan antara bandar terbaik di dunia di mata masyarakat.

“Saya bangga sebagai Datuk Bandar MBKS… segelintir individu begitu mudah menuduh bandar raya Kuching bakal menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral.

“Cuba anda lihat dengan baik adakah Kuching seperti itu? Saya rasa seseorang perlu menyemak dahulu fakta dengan tepat sebelum mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan nama baik tempat sendiri,” katanya.

Tambah Chan, semua pusat refleksologi di kawasan MBKS dipantau dan diperiksa secara kerap bukan sahaja oleh MBKS tetapi juga pihak berkuasa lain.

“Jika anda bercakap mengenai aktiviti haram atau tidak bermoral ia berlaku di mana-mana bandar.

“Jika anda cuba mengehadkan itu dan ini kadangkalanya bandar akan menjadi mati juga.

“Saya harap semua pihak akan mengatakan yang baik mengenai bandar sendiri dan walau siapa pun anda, jangan sesekali memburuk-burukkan bandar anda sendiri.

“Jika ada cadangan… sila kemukakan kepada saya atau datuk bandar yang lain atau terus kepada kerajaan, jangan hanya cakap lepas sahaja,” katanya.

Seperti biasa Ahli Parlimen DAP atau mana-mana pemimpin Pembangkang akan cuba untuk menjadi hero biarpun terpaksa memburukkan tempat dan kawasan sendiri demi untuk survival politik mereka yang kini sudah tidak lagi relevan di mata masyarakat.

GEMPAR ! IKAN PARI GERGASI NAIK KE PANTAI...APA TANDANYA?



Mohd Nor (kanan) dan Mohd Nor Fahmi (kiri) dan dua lagi rakan mereka memegang ikan gergasi ditemui di Pantai Sekendi.

SABAK BERNAM – “Saya berasa cuak apabila ternampak kelibat ikan besar melibas-libas ekor di gigi air,” kata seorang remaja, Mohd Nor Firdaus Burhanuddin, 14, yang menemui spesies ikan pari gergasi di Pantai Sekendi, di sini, tengah hari, semalam.

Ikan pari seberat lebih 120 kilogram itu ditemuinya kira-kira jam 11 tengah hari ketika dia bersama dengan seorang abangnya dan dua lagi rakannya itu turun ke pantai untuk memukat ikan.

Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.

“Tanpa fikir panjang, saya terus menjerit ke arahnya (Mohd Nor Fahmi) kerana takut disengat ikan itu yang tiba-tiba menggelupur dengan kocakan air yang kuat seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya di situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nor berkata, ikan pari selebar kira-kira lima meter dan panjang tiga meter itu memiliki warna seperti harimau bintang.

“Tak pernah saya lihat pari sebesar ini dan ini merupakan pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana dapat membawanya naik ke darat bersama abang dan dua lagi rakan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Nor Fahmi pula menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku, sebaliknya berandaian ikan gergasi itu dipercayai menghanyutkan diri ke pantai bila hendak mati.

“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan sahaja dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik, tetapi kita harap pihak berwajib membuat kajian mengenai penemuan spesies ikan tersebut,” katanya.

Menurutnya, bangkai ikan itu kemudiannya dibawa menaiki gerabak motosikal di sebuah rumah saudaranya di Sekendi Sabak Bernam.

“Kami letakkannya di situ supaya orang ramai boleh menyaksikan sendiri keunikan ikan itu,” katanya.

22 Disember 2013

PUNCA LETUPAN BOM DI DAN NOK DAERAH SADAO TERSEBAR

Sadao digegar oleh letupan  bom

Berita Online: Berita Tempatan

Bom melanda sekurang-kurangnya empat lokasi daerah Sadao di wilayah Songkhla pada hari  Ahad, merosakkan beberapa kenderaan dan mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang.




Sebuah bom meletup di Bandar Dan Nok di daerah Sadao di wilayah Songkhla pada hari Ahad menyebabkan rosak sekurang-kurangnya empat kenderaan.(Gambar oleh Wichayant Boonchote)

Letupan pertama adalah pada 10.40 pagi waktu thai dan ia diikuti oleh sekurang-kurangnya empat lagi pengeboman lain, kata polis di wilayah selatan itu.

Satu bom motosikal meletup di hadapan balai polis Padang Besar dan satu lagi di tempat letak kereta di dalam premis balai polis Sadao.

Satu lagi bom meletup di luar Oliver Hotel di Ban Dan Nok dan letupan lain dibuat pada kedai juga di Dan Nok. Yang terakhir adalah di Tesco Lotus supererstore sekitar 13:00 di Sadao tetapi ia masih belum disahkan.

Dan Nok adalah sebuah bandar sempadan yang sibuk bertentangan Malaysia yang popular dengan pelancong Thailand dan Malaysia.

Pol Lt Kol Pisit Pisutsak, timbalan ketua Wilayah Wilayah Polis 9, berkata sembilan orang cedera.

Polis telah menutup dan memantau semua lima lokasi untuk siasatan dan menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan tersebut kerana mungkin banyak lagi bom yang belum dipastikan.

Ketua Keselamatan Negara Lt Gen Paradorn Patanatabut berkata selepas kejadian bahawa pemberontak boleh mengambil kesempatan daripada pergolakan politik di ibu negara untuk menanam bom di Sadao tetapi dia tidak menolak motif politik.

Pemberontak boleh menggunakan bom untuk menghantar isyarat kepada kerajaan untuk menyambung semula rundingan damai dengan kumpulan pemisah atau pengeboman boleh dikaitkan dengan perhimpunan di Bangkok untuk mengancam keadaan, katanya.







Sementara itu tiada laporan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa  letupan bom tersebut kerana Pekan Dan Nok memang menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama di hujung minggu.



DIBAWAH LAPORAN DIKEMAS KINI :

Dua Rakyat Malaysia Parah Dalam Letupan Di Dan Nok



Seramai 24 orang termasuk dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan bom berasingan menggunakan alat kawalan jauh di tiga lokasi di Wilayah Songkhla termasuk Pekan Danok berhampiran Bukit Kayu Hitam, Malaysia.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan kedua di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

Kira-kira jam 1.45 tengah hari, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati beberapa motosikal di dalam Balai Polis Sadao mengalami kerosakan teruk, selain bahagian bawah Hotel Oliver juga musnah teruk dengan kereta dan cermin berselerakan di kawasan berdekatan.

Gabenor Wilayah Songkhla Grisada Boonrach ketika ditemui berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian letupan berkenaan.

Katanya, pihaknya hanya menutup kawasan berkenaan bagi tujuan siasatan sebelum dibuka sejurus siasatan selesai.

“Kami percaya ia dilakukan golongan yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka.

“Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kami masih menunggu laporan penuh kejadian,” katanya.



Tiada rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom Selatan Thai

Astro Awani| Kemas kini: Disember 23, 2013


Tempat kejadian sejurus letupan - Foto AP

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand pada hari Ahad.

Media sebelum ini melaporkan dua warga Malaysia merupakan antara lebih 20 orang yang cedera dalam satu siri serangan bom di kawasan berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia.

"Saya sahkan tiada langsung warga Malaysia cedera dalam letupan itu," kata Hamzah ketika dihubungi Bernama malam ini.

Media tempatan sebelum ini memetik kenyataan pejabat konsulat Malaysia di Songkhla dan Sadao yang mengesahkan dua rakyat Malaysia antara yang cedera dalam insiden berkenaan.

Bom berkenaan dilaporkan diletupkan di hadapan sebuah hotel di pekan Danok bersebelahan Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Pekan Sadao, Thailand.

Dua lagi letupan berlaku di hadapan balai polis Badang Besar, Thailand kira-kira satu kilometer dari kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Malaysia.

Sementara itu, polis Thailand sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV bagi menyiasat kes pengeboman tersebut.

Menurut sumber polis Thailand, rakaman CCTV di lokasi serangan mendapati, letupan berlaku sebaik sahaja sebuah kenderaan pikap diletakkan di tempat parkir berhampiran Hotel Oliver.

Letupan kuat itu merosakkan bahagian depan hotel dan gerai berhampiran lokasi.

Dalam pada itu, tinjauan wakil Astro AWANI di pekan Danok malam tadi mendapati kebanyakan pusat hiburan lengang berbanding malam sebelumnya.

Majoriti premis urut dan refleksologi ditutup lebih awal berbanding kebiasaan disebabkan serangan itu.

CERAMAH UAI DI LANGKAWI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT , KEHADIRAN LEBIH 10,000 ORANG

Dimaklumkan lebih 10,000 kehadiran yang menjadi buah mulut sebelum ini kerana lokasi bersebelahan dengan kawasan Pesta Langkawi Magikal  di sekitar taman legenda yang berlansung pada waktu yang sama dengan pertunjukan bunga api , leser dan konsert.


Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Hana, Pekan Kuah,Langkawi, Kedah Darul Aman pada 21 Disember 2013 di hadiri ribuan masyarakat sekitar Langkawi.

Orang ramai melimpah ruah sampai terpaksa duduk bersila atas jalan diluar kawasan masjid. Saksikanlah gamabr-gambar kulaih Ustaz Azhar Idrus dibawah..









diatas acara sepanjang pesta Langkawi Magikal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...